Assalamualaikum wbt…
Entah mengapa,.. semenjak dua menjak ni, dah lama tak jengok Ceritera Lenjang. Sebenarnya banyak benda dalam kepala ni nak update tapi asyik tertunda je… Mungkin sebab serabut dengan kerja2 di sekolah dan chegu pun jadi sibuk. Pada ketika blog ni ditulis, sudah masuk minggu ke empat minggu persekolahan.
Pada minggu lepas, SK Lenjang telah dikunjungi oleh 2 orang nazir, seorang daripada JPN dan seorang daripada PPD Lipis. Kehadiran mereka adalah untuk memaklumkan tugasan penting kepada semua warga Lenjang, iaitu menyediakan satu esei berkaitan suka duka mengajar di negeri Tok Gajah. Panjang esei mestilah tidak kurang daripada 3000 patah perkataan… Esei yang terbaik akan dipilih untuk dibukukan sempena Hari Guru 2010 yang akan disambut di negeri kelahiran chegu, Pahang!
Bagi chegu, tiada masalah untuk mengarang esei sepanjang tu kerana segala memori kenangan pahit manis masih segar dalam ingatan. InsyaAllah akan chegu siapkan juga. Skarang ni pun masih lagi memikirkan segala 1001 memori yang ada…cuma tunggu untuk ditaip dalam komputer je… Baiklah…sekian dulu untuk masa ni… mungkin jika berkesempatan, esei yang siap ditaip nanti akan chegu taruk di blog ni…


Angin yang menderu
Pantai yang berlagu
Pasir yang memutih
Sesekali disimbah buih
Pohon yang menghijau
Burung-burung datang berkicau
Sesekali pantai mengusik
Hati datang berbisik
Berjalan di waktu petang
Sejuk mata memandang
Ramai yang bertandang
Suasana tambah girang
Jalan mundar-mandir
Mandi di gigi air
Seronok bercerita
Lupa hari dah senja
Tatkala matahari mula terbenam
Indahnya di Pantai Batu Hitam
Nukilan asli: Chegu Izat