iLovePalestine.com

Teman, DiariJanuary 27, 2009 10:29 pm
2 hari yg lepas, chegu pergi melawat kawan2 di Rompin. Biasalah, time cuti la masa yg seswai berjumpa dan berjalan2kan. Bila sampai di sana, hmm ade perubahan sikit la cikgu nampak. Ada jejantas, bangunan kedai baru yg belum dibuka, ada KFC, lagi chalet murah kot di Sg. Puteri. Windu weh. Lama dah tinggal bandar Rompin. Last duduk sana, Jun 2006 kalu tak silap. Masa tu chegu bekerja sebagai pensyarah MLVK di pusat latihan terkenal di sana. Sambil2 tu, sempat la pergi jalan2 cari makan di pantai Rompin.
 
Seperti biasalah, chegu order nasi goreng ayam kunyit plus ABC Special lagi. Hmm sedapnye! Sambil2 makan, kitorang menikmati panorama indah pantai Rompin dgn angin pantai yang dingin skali. Memang best la mkn kat situ. Thanx to Kecyx and Bulat sbb sudi teman chegu kat sana. Dulu diorang panggil chegu Encik Izat.Sampai skang still panggil gelaran tu. Nasib baik dulu tak panggil Datuk Izat ke, Mr. Izat ke. Hehe.

LaguJanuary 25, 2009 11:33 am

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight 

 

//Lagu yg direka khas utk penduduk Gaza. Touching jugak. Terjumpa time belek2 internet… Ape2 pun, boikot la dgn cara kita. Err ada tak lagu Malaysia yg ditujukan khas utk Palestin? Hmm…Ada kot.

download di sini

DiariJanuary 24, 2009 12:52 pm
Pada Jumaat ptg 23 Jan lepas, chegu dan PPM sekolah chegu balik ke Ktn stlh setle urusn di Koyan. Biasanya, bila chegu blk, chegu tak ambil ape2 gambar tp kebetulan ade snap skit, jd chegu taruk la. On the way jalan dari Koyan ke Lipis, km berapa tak igt plak. Ade la sebatg pokok tumbg mghempap kabel letrik. Mujur takde kecelakaan jalanraya. Tp kan, tgk pada kejatuhan batang pokok tu, mmg cukup2 ketinggian kereta je. Takut gak time nk lalu tiba2 batg pkok tu jatuh. Huii bahaya tu. Malam plak, bile dah sampai area Gambang ke Ktn, dari stesen Shell lg, kereta dah bersusun. Mak ai. Jam la plak. Punye la pjg jam sampai la ke trafik light dkt Jaya Gading. Macam2. Last2, chegu helo si Asri. Kitorang minum kat restoran seblh petronas kat Jaya Gading. Chegu pesan nasi goreng ayam kunyit ngn milo ais. Dia pun ikut chegu gak. Hm okey la. Nak kata sedap xde la sgt tp sup dia mmg pedas x hingat. Lepas mkn2, ktorang bergerak ke rumah msg2.

Ucapan 11:46 am

Sempena cuti-cuti Malaysia Tahun Baru Cina ni, chegu ucapkan selamat bercuti kepada semua guru2, murid2 serta semua rakyat Malaysia. Sekolah chegu bercuti sampai Rabu je. Khamis sekolah. So, hari rabu chgu dah kena masuk sekolah. Kepada murid2 sekolah tak kira rendah atau menengah, cuti2 jugak, tapi buku jgn dilupakan. (cam ucapan standard je…) emoticon


Foto, DiariJanuary 22, 2009 1:09 am
Pada 21 Jan lepas, chegu dan cikgu Pahimi telah mengiring 2 orang murid ke Pusat Kokurikulum Kg Lalang, Lipis utk acara merentas desa bawah 12 tahun. Atlet yg mewakili sekolah Lenjang ialah Rame dan Bah Mi dari tahun 6.
 
Dalam acara tersebut, hanya Bah Mi yang berjaya merangkul tempat ke-10. Walaupun tak mendpat tempat pertama, kedua atau ketiga, bagi chegu, semangat juang yang mereka tunjukkan semasa pertandingan sudah cukup membuktikan mereka berusaha dgn gigih. Syabas buat mereka berdua.
 
Hai Rame, dapat bergambar dgn medal Bah Mi pun jadilah. emoticon Lain kali lari laju2 kalu nk dpt medal. ok.

Lawatan, Foto, DiariJanuary 16, 2009 4:22 am
Minggu ni (minggu ke2), chegu dan kawan2 bercadang tak mau keluar Lenjang. Chegu tak tau la kenapa diorang tak mau balik, tapi yang pasti chegu mmg tak nak kuar sebab mggu depan pun dah masuk cuti seminggu kan, cuti Tahun Baru Cina. Jadi kitorang dah plan nk pergi merentas desa eh pergi berjalan2 ke tempat istimewa di Lenjang iaitu puncak Bukit Batu Puteh… Dengar cerita dkat situ adalah kawasan paling cantik dan seswai untuk istirehat, picnic dan mandi-manda. Tapi yang pastinya, perjalanan ke sana agak lama dan mengambil masa lebih kurang 7 jam 8 jam lebih pergi balik. Hmm, takperlah ( penattt tapi berbaloi!!). Lagi pun, chegu mmg dah lama teringin nak pergi ke sana. Ape2 pun, sorotan gambar2 sudah pun siap di edit. Sori kerana lambat update… gambo byk sgat.
 
Perjalanan pertama…bermula pada 9.40 pagi. Seramai 10 orang guru dn 2 ppm yg sertai program sulung ni. (Ramai sebab ramai yg tak balik). 2 orang jurupandu khas yang arif ttg selok belok hutan dilantik mjd pengiring kami iaitu Bah Karim & Nordin.
 
 Ya, seterusnya berjalan menuruni bukit, laluan denai tepian sungai dan hutan kecil. Karim menerangkan tentang kebaikan kulit pokok langsat sebagai ubat gigitan ular. (kalau x silap la)
 Di tepian sungai pertama, kami bergambar di kawasan perangkap ikan yang dibuat daripada buluh dan seterusnya berjalan menyusuri jambatan buluh. Gayat takde tp berdebar skit ade la. Takut tiba2 runtuh je. Tapi alhamdulillah, jambatan tu kukuh sbb badan yg sebesar cikgu Yo pun boleh lalu. Hehe, jgn mara ye..
 
Time ni, berjalan lagi menyusuri denai kecil, bukit kecil, pokok2 buluh serta padi bukit. Pada ketika ni, padi masih belum berbuah lagi. Indahnya permandangan…hijau je.
 
 Setelah melalui hutan2 kecil, Karim menunjukkan pokok lada tinggalan beliau. Banyak jugak lada yg chegu, cikgu Saidi kutip. Perjalanan setersnya, kami terjumpa pokok limau. Dapat la makan beberapa ulas, basahkan tekak je. Masam leq. Cikgu Pahimi menunjukkan aksi melastik buah limau. Er tp tak berjaya pun. Hehe. Dalam perjalanan, kami berhenti di rumah tinggalan orng asli dahulu. Kat situ ada pokok labu, terung, lada.

 
Naik bukit… hui penatnya, Tuhan je tau. Dlm perjalanan ni, Karim dapat setangkai buah ara. Rasanya masam2 manis… rasa mcm buah asam jawa muda pun ada. Dapatla semua merasa. Next, Karim tunjukkan pokok getah tuba yg dipanggil pokok ‘cruk’. Pokoknya berduri seperti kaktus tanpa daun. Ubi pada akarnya mempunyai getah yang beracun. Pokok berbatang besar yg ditoreh batangnya pula mempunyai ubat utk penyakit batuk. Kami juga terjumpa anak pokok rafflesia, bunga pakma. Kecik lagi.
 
 
Dalam kul 1.15, chegu dan kawan2 berjaya menawan Batu Puteh pertama! Seronok tak hingat. Permandangan di puncak bukit mmg tak dapat digambar dan ditulis oleh chegu di sini. Cantik sangatttt. Tu yg tersengih nampk gigi tu.
 
Spt biasa la kan, bila dah penat, kita mesti berehat.So, it’s makan time! Dah puas bergambar, sesi makan la plak. Walaupun tempat agak sempit, tp mmg ckup utk kami semua berada kat situ. Maggi + lada hutan=pedas x ingat + kenyang.
 
 Dalam kul 2.20, kami mula bergerak menuju Batu Puteh kedua. Dalam perjalanan, kami terjumpa pokok Raja Ali! Tinggi. Kami cuma bwk blk yg kecil je. 3.05 ptg, rombongan kami berjaya sampai ke puncak Batu Puteh ke2! Cantiknya permandangan…terasa aman damai sekali. Memang berbaloi la penat jalan daki bukit. Dah puas bergambar dalam 10-15 minit, rombongan kami bergerak pulang. Dalam pkul 7.15 kami sampai di sekolah… Jadi kalau dikira2, bukannya 8 jam tapi dekat 9 jam lebih!! Tapi tu pun, setlah dicampur ngn rehat berapa kali dn peristiwa disengat tebuan!! Haha. Ape2 pun, pengalaman ke Batu Puteh pada 17 Januari lepas takkan chegu lupakan sampai bila2. Maybe, next time, kitorang bercadang mahu pergi ke bukit kanopi plak! InsyaAllah.
 

Ucapan, Sekolah, FotoJanuary 9, 2009 10:21 am

Pada tahun 2009 ni, Sekolah chegu telah menerima empat orang guru KPLI baru iaitu Cikgu Zafari, Cikgu Shamsul, Cikgu Naiin dan Cikgu Zai (sori, nama penuh blum ingat). Dua cikgu lelaki dan dua cikgu perempuan. Wah bagusnya. Dah ada penyeri di sekolah chegu.

 

Sebelum ni, mmg sekolah chegu ada cikgu perempuan, tapi kesemuanya tak kekal lama. Huhu. Chegu harap, kesemua cikgu baru ni, dapat menyesuaikan diri dgn baik di Lenjang ni, dan ehem., harapnya cikgu2 pompuan ni stay lagi lama la kan. (gambar blum dpt diupload kerana tak sempat nk snap)

Cikgu2 ni akan menggantikan cikgu2 lama yang telah bertukar iaitu Cikgu Sharil, Cikgu Nawi, Cikgu Hapiz dan Cikgu Jazemi. Lebih memeranjatkan, GB chegu, Cikgu Bahar telah bertukar dan diganti oleh Cikgu Zainal. Selamat datang ke Lenjang!


Older Posts »»