DiariFebruary 15, 2009 12:35 am
Assalamualaikum…
Chegu tak tahu bagaimana mahu mulakan post ni, ttp bagi chegu tarikh keramat ini takkan chegu lupakan sampai bila2! Memang betul2 ujian daripadaNya. Mgkin sesiape di luar sana yg tak mengenali chegu mgkin tertanya2 ape yag berlaku pada tarikh tersebut. Cukuplah chegu nyatakan di sini, dalam perjalanan dari Lipis ke Kuantan, chegu telah kemalangan jalanraya di jalan Kampung Luit selepas bandar Maran (dekat hentian bas sebelah kolam ikan) pada sebelah ptg. Kereta chegu terbabas ke tepi jalan dan merempuh hentian bas. Persoalan yg sampai sekrg chegu tak dpt jawab ialah mcamana boleh accident? Wallahuallam. Tapi ape2pun walaupun keta chegu dah innalillah (90% loss), chegu tetap bersyukur kerana hayat chegu masih ada.
Alhamdulillah, kerana Kau masih memberi ku peluang untuk hidup di dunia pinjamanMu yang sementara ni. Tabahkanlah hatiku untuk menempuhi dugaanMu yang mendatang. Sembuhkanlah kecederaan luar dn dlm yg aku hadapi ini. Aku telahpun redha akan qadak ketentuanMu Ya Allah…amin.
Dan pada 14.2.2009, Alhamdulillah chegu telah selamat keluar daripada wad di HTAA Kuantan. Sejak 6hb hinggalah 14hb, adelah dekat 9 hari chegu berkampung di wad Kiambang 5C. Dan tiga kali chegu bertukar tempat. Bermacam2 peristiwa ketika di sana yang mgkin boleh chegu kongsi di sini. Antaranya, chegu mengalami luka di kepala ttp nasib tiada luka dalaman. Hanya ada sedikit saja luka di dahi yg dijahit. Seterusnya, terseliuh di sebelah tangan kanan di mana chegu rasa susah nk menggerakkan tangan ke atas atau mendepakannya. Alhamdulillah dah ok skit skang. Dan yang paling serius, tulung rusuk chegu yg ketiga sebelah kanan, kalu tak silap, patah. Patah macamna chegu kurang pasti tp itu yg doktor nyatakan. Akibat daripada hentakan dada ke stereng, chegu juga mengalami pendarahan dalaman iaitu byk sel tisu yg rosak. Pada hari pertama chegu ditempatkan di wad, doktor telah membuat sedikit pembedahan di dada sebelah rusuk kanan dan memasukkan satu tiub ke dalam badan untuk mengeluarkan darah dan tisu rosak. Ia keluar melalui tiub dan masuk ke satu balang sederhana besar. Terkejut chegu, pada hari ketiga (kalau tak silap) dah penuh satu balang dengan darah. Terus doktor tukarkan balang dan masukkan 2 pek darah berjenis O+ melalui tiub di tangan chegu. Ia bertujuan untuk menggantikan darah dan mengelakkan chegu pitam kerana kekurangan darah. Mujurla darah dah tak banyak keluar pada hari berikutnya.

Selama 9 hari di wad juga benar2 menguji kesabaran, ketahanan dan emosi chegu. Bayangkanlah, chegu tak dapat bergerak bebas kerana tiub masih lagi di badan. Belum lagi urusan kencing berak, makan minum, mandi (basahkan badan je) pun atas tilam. Kesian… Chegu benar2 salute adik pompuan chegu yg ada kat sebelah chegu bile chegu perlukan bantuan. Dialah yg menjadi teman chegu semasa di wad. Tentang x-ray plak, chegu dah kira, semuanya ada dalam 15 keping x-ray yang kebanyakannya diambil di bahagian dada untuk melihat perkembangan peparu. 2 hari sebelum keluar, tiub di dada dah dikeluarkan. Fuuh, lega rasa. Tapi masa nk jahit kawasan bukaan tiub, ya Allah, tahan je lah… Lepas daripd tu, chegu dh boleh bergerak sendiri ke tandas. Lega… Sehari sebelum keluar wad, sekali lagi chegu disuruh x-ray di dada. Doktor berpuas hati dengan hasil x-ray lalu keesokannya pada hari Sabtu dlm pukul 2 lebih, chegu keluar daripada wad!! Alhamdulillah.

Buat masa ni, biarlah chegu berehat di rumah dulu. MC ler… Hehe…Terima kasih yang tak terhingga chegu ucapkan kepada mereka yang datang melawat dan memberi kata2 semangat buat chegu. Segalanya akan chegu ingat sampai bila2. Ape2pun chegu dah rasa rindu plak pd murid2 chegu di Lenjang. Maklumlah, cuti panjang… Oklah, chegu kena berehat dulu…Doakan semoga chegu cepat sembuh dan kembali bertugas di bumi Lenjang seperti sediakala.