iLovePalestine.com

Sekolah, FotoMarch 30, 2009 7:34 pm
Assalamualaikum…
 
Pada pagi ni, selepas perhimpunan sekolah, seramai hampir 20 orang murid2 SK Lenjang diberikan sesi gunting rambut percuma istimewa daripada cikgu2 Lenjang sendiri. Antara cikgu2 yang mengambil bahagian ialah sir Zamri, cikgu Pahimi, cikgu Azmi dan cikgu Hairi seperti gambar2 di bawah ni.
 
 
 
Wah, lepas ni, cikgu2 boleh bukak kedai gunting rambut plak haha. Kat bawah ni plak, murid contoh yang diambil untuk sesi sebelum dan selepas. Murid yang bertuah ni ialah Jais a/l Azmil ataupun Bah Kedol dari kelas Tahun 2.
 
 
 
//Haa kan hensem tuh… Lepas ni ramailah kerdol2 yang bisog kat hek er…haha.

TemanMarch 28, 2009 4:31 pm
Assalamualaikum…
Pada hari Jumaat petang semalam, chegu dan cikgu2 Lenjang pergi melawat sahabat kami iaitu cikgu Saiidi di Hospital Lipis, Pahang. Yelahkan, alang2 dah kuar nk blk ke kg masing2, kitorang dan pasang plan untuk melawat beliau di sana. Dia ditahan di wad kerana mengalami sakit di uluran perut. Sebenarnya, pada malam sebelumnya, dia dah mengadu sakit yg teramat sangat. Jadi, dengan pertolongan daripada kntraktor yang tinggal berhampiran sekolah, dia dibawa keluar pada malam itu juga ke hospital berdekatan.
Alhamdulillah, tgk pada senyuman dia ni, mcm dah sihat walafiat dah. Tapi sebenarnya, dia tgh tahan sakit tu. Doktor dah beri ubat utk tgk perkembangan seterusnya. Jika sakit masih ada, mgkin dia akan dibawa ke Hospital Temerloh untuk dibedah. Sabarlah cikgu Saiidi. Kitorang berdoa agar penyakit beransur baik…
//Teringat masa dok hospital dulu..huhu. Taknak dah dok hospital.

PNP 9:33 am
Assalamualaikum…
Dalam pada chegu mencari bahan2 utk pnp, chegu terjumpa 1 video menarik berkaitan masalah ‘carrying’ (bukan ‘caring‘) dalam operasi tambah. So, chegu rasa cukup menarik untuk diletakkan di sini utk rujukan semua, kerana murid2 chegu pun ade masalah ni. Mereka selalunya lupa nak tambah kat bahagian atas. Sebenarnya byk lagi masalah dorang, tp mungkin chegu nk tunjuk yg ni dulu. Memang menarik. 


Ape pendapat korang? Korang ade info baik untuk dikongsi? Silakan…

FotoMarch 19, 2009 10:31 pm
1001 memori…
 
 
Ceritera dari Lenjang…
 
// Tiba2 je teringat ke Lenjang… Foto2 ni sebenarnya adlah pecahan2 memori ketika di sana. Tinggal 3 hari lagi, dah tak sabar nak pegi sana! Uh windunya.

SemaiMarch 14, 2009 12:29 pm
Assalamualaikum…
Masih ingat lagi pelajaran kita yang lepas? Kita dah tau ape itu sagat dan beberapa kata ganti diri. Rasanya, last skali chegu ajar kata ganti diri sejak Jan lepas kan. So, kali ini kita belajar tentang anggota badan dalam bahasa Semai. Mane tau tahun akan datang korang kena posting di sekolah2 asli semai kan. 
Oleh kerana anggota badan kita banyak, jadi kita belajar dulu anggota macam :

rambut = sog

kepala = kui

mata = mat

hidung = moh

mulut = nyinyui

telinga = entag

tangan = teg

perut = et

pinggang = hop

kaki = jug

Ok lah , itu aje untuk kali ni. Lain kali kita sambung lagi bahagian badan yang lain. Ok. Bye. Selamat bercuti buat semua warga sekolah di Malaysia…


DiariMarch 11, 2009 10:24 am

Assalamualaikum…

 

Air oh air…Hai cite pasal air ape plak ni? Hmm… Chegu pun dah pening ni… Sejak kelmarin lagi, air kat area rumah chegu takde. Tapi first day takde, kira petang tu ade la sket air masuk, lepas tu… terus takde air sampai skarang. Jadi, terpaksalah mandi di rumah sedara mara yg ade air & ambik air telaga daripada sedara mara yg ade telaga. Alhamdulillah kan, bole minum, mandi dan tunai kewajipan. Tapi tetap kena jimat2 la. Yang chegu hairannya, sampai bile bekalan air nk terputus ni? Pihak MPK, JPA & JKR takde plak bgtau. Mesti betul2 kecemasan ni. Memang susah la kalau takde air. So, sesape yg ade air di rumah, jgnlah bazir2kannya. Kalau rasabyk sangat air, korang hantar la ke umah chegu ni. Dapat gak pahala kan? Just joking je…Ok lah…

//pukul 11 pagi tadi, dah ade air… harap2 xde masalah air plak lepas ni.


Ucapan, DiariMarch 8, 2009 10:25 pm
Assalamualaikum…
 
Tahniah buat adik bongsu chegu, Kamarudin dan pasangannya Marsita!
Tanggal 7 Mac 2009, pada pukul 8.45 pm, di rumah pengantin perempuan, Kg Kelat Rendang, Pekan; adik bongsu lelaki chegu, Kamaruddin Ali, telah selamat menjalani upacara akad nikah sekali lafaz dengan pasangan tercintanya iaitu Marsita Mohamed. Maka, tamatlah status bujangnya mlm semalam dan sekarang sudah bergelar suami. Alhamdulillah, chegu pun tumpang gembira… Mana taknya, adik bongsu chegu ni dah kahwin sebelum chegu. Ahaks. Zaman sekarang, kalu dah berkenan, kawin terus. Takde tunggu2 dah. Tak gitu Din?
Dan pada keesokannya, 8hb, majlis persandingan kedua mempelai berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Yang, pasti, chegu tunggu part makan je… Nak2 kalu dapat makan lauk pengantin. Wah, memang tak hingat orang keliling dah. Haha. Sambil2 ambik gambar, sambil2 tangan menambah lauk atas meja. Baru lah ngam. Err, sebenarnya lapar sangat2. Sanggup tak makan dari rumah semata2 nak merasa lauk pengantin. Hehe.
Tapi ape pun, chegu nk ucapkan moga jodoh korang berdua berkekalan hingga akhir hayat… & jangan lupa pada keluarga di kampung. Sekali sekala jengok la kampung Batu Hitam ye. Hei adik dah, abangnye bile lagi? Wallahualam. Insyaallah kalau jodoh ade, akan chegu umumkan nanti. Sabar…emoticon(Seronoknya kawin)