

Antara Bukit Jalil dan Putrajaya.

Salam…
Pada pagi tadi, hampir seluruh staf SK Lenjang bertandang ke rumah Karim untuk melihat sendiri bercheyt nasi dalam buluh. Bercheyt nasi tu ape? Masak nasi, dalam buluh. Oleh kerana semangat ingin tahu yang tinggi oleh chegu dan rakan2 yang lain. Maka,kami menerima pelawaan daripada penduduk setempat untuk melihat bagaimana proses memasak nasi dalam buluh. Biasala kan, bila dah sampai tempat orang, bergambar itu wajib. Bahan bukti kan penting. Jadi kitorang berposing la di sinin dan di sinun.

Dalam berposing, kitorang sempat bertanyakan proses memasak nasi dalam buluh ni. Nampak senang je, tapi penyediaannya memakan masa la jugak. Nama pun masak nasi dalam buluh, jadi bahan utamanya sudah tentulah buluh dan beras. Buluh yang digunakan perlulah berkulit tebal dan bersaiz besar. Ia untuk memastikan nasi di dalamnya tak terus hangus. Apa yang special tentang nasi yang dimasak ialah berasnya, beras daripada padi bukit yang ditanam sendiri oleh penduduk di sini. Bahan lain ialah selak lar atau daun lar yang digunakan untuk membalut beras bukit. Jom kita tengok prosesnya.

1-Mula2, letakkan sehelai daun lar di telapak tangan.
2-Taburkan segenggam dua beras ke atas daun lar tadi.
3-Lipat daun lar dengan kemas seperti melipat lepat pisang atau nasi lemak.
4-Masukkan daun lar berisi beras tadi ke dalam buluh yang telah dibersihkan. Susun ia dengan teliti agar ruang yang kosong dapat diisi dengan daun lar lain. Ulang proses 1 sehingga 4 sehingga ruang dalam buluh dipenuhi dengan daun lar berisi beras. Kemudian, masukkan air ke dalam buluh.
5-Masak buluh tadi seperti masak lemang dengan menggunakan api yang agak besar.
6-Setelah buluh kelihatan seperti kehitaman, ia sudah boleh diangkat dan dikopek.
7-Apalagi, kopek buluh dan nasi sedia untuk dimakan! Nyam nyam.
Nasi yang sudah dimasak kelihatan sedikit kekuning-kuningan dan berbau wangi. Rasanya memang sliq tengkuq!
Salam…
At last, the ICT course had finished finely on Monday 17th of April. Suke sebab boleh rehat2 di rumah. Home sweet home. Sekarang chegu dah berada di bumi bertuah Lenjang. Memang betul2 berbeza berada di rumah (Kuantan) dan di rumah kedua (Lenjang). Bezanya amat2 ketara. Chegu sebenarnya bukan nak cerita pasal rumah2 ni cuma nk ceritakan sedikit pasal bengkel ICT pada minggu lepas di BTPN Pahang.
Pada hari pertama, mendaftar di blok asrama BTPN. Chegu dapat bilik yang belum berpenghuni iaitu 405. Seronok! Satu, sebab bilik tu ade aircon! (Kesian kawan chegu dpt bilik xde aircon). Dua, bilik tu mengadap pantai Batu Hitam! Yang tak besh, bilik tu tingkat 4! Penat naik tangga! Tapi takperlah. Tak kisah pun. Lepas eat and rest, malam ade taklimat daripada pegawai PKG Lipis, Ustaz Hamzah pasal the whole program.
Hari kedua, bermula la program pertama, mengenali komponen2 komputer dan mengendali sistem aduan ict sts.
Hari ketiga, sambungan kepada sqss dan mempelajari simple troubleshooting with system restore, vmware dan juga clonezilla.
Hari keempat, sambungan clonezilla dan membuat looping cable utk uji networking card (1/3,2/6) serta penyampaian sijil oleh Penolong Pengarah BTPN Pahang.
Keseluruhannya, walaupun ade ilmu ict yang chegu dah tahu sebelum ni, tapi bagi chegu ia dapat menyegarkan kembali ilmu tersebut sebab lama dah tak ulangkaji. Cuma chegu perlu kemaskinikan pasal sts. Itu aje.
Belajar Bahasa Semai - Keempat
Selamat pagi.. hek boor?
2) Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Kalu mung anuk buleh eng og?
3) Awak pernah buat sesi kaunseling?
Heg pernah hik-uoi kaunseling?
4) Dah makan?
La hek cak sudah?
5) Awak nampak macam ada masalah jer..
Hek mong masaalah hek?
6) Macam mana dengan kehidupan..okey?
Awak baik hari ni?
Arik lok hek ari deh?
7) Okey… teruskan..saya mendengar.
Okey,…berhneid.. eng gertik.
8) Nampaknya awak sedih dengan kejadian tersebut
Saya nampak macam awak sedih
Eng neng hek rah hek jab
9) Saya akan cuba untuk bantu awak..
Eng an try tuluk hek
10) Awak jangan risau… kita akan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.
Hek ga’ risau…hek ing chip hingkek inong bersamak-samak.














