iLovePalestine.com

UcapanMay 30, 2009 10:34 am
 
 
 Sebahagian ragam murid2 SK Lenjang ketika menjawab kertas ujian P2 baru2 ni. Kepada semua warga pendidik dan murid2 di seluruh tanahair, selamat bercuti! It’s time for school holiday! Apa lagi, cuti2 Malaysia la kan.

DiariMay 29, 2009 9:29 pm
Salam…
 
 
Pada hari ni, chegu berada di Kuantan untuk temujanji doktor di Kompleks Rawatan Harian Kuantan. So, memang kiranya chegu bercuti awallah daripada orang lain. Ini kerana chegu perlu menjalani x-ray sekali lagi untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar bagi memastikan chegu benar2 pulih dan sihat. Alhamdulillah, doktor mengesahkan chegu takde ape2 tapi… chegu perlu sekali lagi ke tempat ni untuk pemeriksaan yang mungkin kali terakhir. Harapnya lah. Doktor mahu berjumpa chegu pada awal bulan 10 sekali aje lagi. Bulan puase rasenye kan. (berapa byk sekali lagi daa) Hm chegu ikut aje, janji sumer ok. Setakat ni, chegu rasa alhamdulillah sihat. Dah boleh buat kerja macam biasa…

Sekolah, Foto, DiariMay 23, 2009 2:44 pm
Salam,
 
Pada 21 Mei yang lepas, SK Lenjang telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan penuh warna-warni semangat berpasukan! Kalu tak caya, tengoklah sorotan gambar2 di bawah.
 
 
 
Ni sikit je. Sebenarnya gambo byk sgt. Chegu ambik mane yang ade gambo chegu je. Hehe…
Bermula dari 19 Mei hinggalah ke hari rasminya 21hb, pelbagai acara telah diatur untuk seluruh warga SK Lenjang dan penduduk Lenjang umumnya. Acara sukan dimulakan dengan perlawanan ping-pong beregu, bola jaring campuran, bola tampar, dan jugak bola sepak selut. Haha.
 
Oleh kerana bilangan guru pun tak berapa nak ramai, pemain import terpaksa diambil daripada staf-staf pilihan daripada kerani hinggalah ke tukang kebun sekolah. Penduduk sekitar pun turut terlibat sama menjayakan kebanyakan perlawanan sukan ni. Cayalah. Sukaneka untuk murid tahap 1 juga turut dijalankan. Wah, bukan main seronok lagi diorang ni…
 
Dan pada hari Khamisnya, semua guru lelaki berpakaian Melayu lengkap bersamping dan guru perempuan dengan pakaian baju kebarung. Macam suasana hari raya la plak…Meriah! MC pada hari bersejarah tersebut adlah Cikgu Khairul Asmadi yang siap mendeklamasikan sajak buatan sendiri dengan gaya bacaan A.Samad Said. Chewah! Handal-leq!
 
Acara yang paling ditunggu2 oleh semua adalah acara pemberian hadiah! Wah, semua dapat hadiah. Chegu cuma dapat hadiah Johan Bola Tampar aje…Lain2 sume kalah. Takpalah, takde rezeki. Tapi untuk pertukaran hadiah antara guru2, chegu dapat hadiah daripada Cikgu N! Hm, dah ble agak hadiah ape sebab beli sama2! Lawaknye! Hadiah chegu dapat ke Cikgu Naim. Beli sama2 gak. Tak sangka betul.
 
 
 
Sambutan Hari Guru SK Lenjang dimeriahkan lagi dengan acara pertandingan karaoke antara guru dan murid pada sebelah malamnya. Wah, bukan main lagi masing2 berkaraoke. Penuh style dan aksi! Meriah sekali! Cikgu Jemi dengan Wak Peng. Chegu dengan Bah Kocok. Cikgu Shima dengan Wira. Cikgu Saiidi dengan Rame. Cikgu Zapari dengan Badosi. Cikgu N dengan Wira lagi. Cikgu Zamri dengan Anisar. Nasib baik cikgu Naim tak masuk, kesian, suara dah takde… Juara? Sudah tentulah chegu dengan bah kocok!!! Menang dengan lagu Ketahuan daripada Matta. Jangan jeles semua… Handal-leq!!!

Lawatan, Foto, DiariMay 22, 2009 11:00 pm
Salam,
 
Dah lama nak letak post ni, tapi sebab busy memanjang lambat jadinye. Sorotan gambar2 dah siap diedit. Tengoklah sendiri, aksi ronda KL  pada 15-17 Mei oleh chegu, cikgu Naim, cikgu N dengan anak murid kesayangan, Sunil dan Azroy tahun 2. Tak lupa juga, terima kasih cikgu Zai dan Khirul kerana sudi join kitorang.
 
 Beli baju pai untuk dorang di Tunas Manja Raub. Setiap sorang dapat 3 baju, 1 seluar & 1 sandal baru. Lunch pun di KFC Raub.
 
 Sampai di KL, check-in di Hotel Sg.Besi kat area Sri Kembangan. Murah, rm50 semalam. Cikgu Naim sibuk mengajar dorang cara nak guna toilet. Dinner di area sekitar situ je, mamak’s restaurant. Dorang makan nasi goreng ayam. Habis licin.
Baca lagi…


Lawatan, Diari 10:40 pm
Salam Semua…
 
Ini dia sorotan gambar2 aksi-maksi cikgu2 Lenjang ketika berada di Medang Inn pada 9 hingga 10 Mei 2009 yang lepas. Tajuk untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ni ialah Team Building yang dibuat di Medang Inn. Seronoknya memang tak terkata dan tertaip oleh chegu… Tengoklah sendiri kat bawah ni.
 
 
 Hahaha… Seronok giler. Dok di Medang Inn. Pasang khemah. Main polo air. Berendam dalam air. Senam robik. Explorace. Makan barbeque… Penat tapi best. Boor gaib leq. Kumpulan chegu dapat nombor 2!! Ok lah tuh!
 
Pada hari pertama sampai di Kuala Medang, kami sempat membuat lawatan santai ke SK Lanai. Sebenarnya takde ape nak buat dan  jarak dari Medang Inn ke Lanai dah tak jauh mane, lebih kurang 10km lebih je kalu tak silap.
 
 
 
 Rupa2nya ramai jugak murid2 Lanai yang Islam, hampir 60% Islam. Sebab tu ade surau dalam sekolah. Murid2nya pembersih dan dengar kata. Alhamdulillah. Asramanya bersih dan cantik. Padang sekolah pun cantik dan luas. Time makan diorang ni siap baca doa makan sama2. Bagusnya. Sebelum hari mula gelap, kami bergerak pulang ke Medang Inn. Dalam kepala asyik terpikir je, bile la Lenjang nak jadi macam Lanai. Hmm…InsyaAllah suatu hari nanti…
 
 

DiariMay 20, 2009 7:36 pm
Salam…
 
Lama tak update blog. Baru2 ni, chegu baru je sempat tukar skrin notebook yg baru. Bukan saje2 tukar tapi terpaksa tukar. Sebab? Mula2 ade satu kesan jalur warna menegak, warne ape yek. Warna putih kalu tak silap. Lepas tu pada 12 Mei yang lepas, jalur tersebut dah makin parah. Mula2 berbelang2 putih di bahagian atas monitor. Kemdian, ambik kau. Putih satu monitor notebook. Hey, susah la nak buat kerja kalu camni… Akhirnya, chegu ambik keputusan untuk ke KL pada hujung minggu berikutnya untuk tukar skrin baru. Ya Allah mahai nye skrin. Abis 500 hinggit duit terbang gara2 skrin monitor rosak.
 
 
Selepas ni, memang chegu berhati2 la bila bawak notebook atas hilux. Yelah kan. Betul la orang kata. Dont take it for granted, people tend to ignore because they had never experienced it with their bare eyes

UcapanMay 19, 2009 1:47 am

Salam…

 

Sebenarnya ade beberapa aktiviti yang chegu blum update di blog ni iaitu aktiviti LADAP di Medang Inn pada 9-10 hb Mei yang lepas dan melawat KL bersama 2 orang anak murid tahun 2 kesayangan, Sunil dan Azroy pada minggu lepas. Chegu ni sebenarnya tak suka tulis panjang2 mcm kebanyakan blog selalu buat tapi lebih suka tgk gambar2. Jadi seperti biasa, sorotan gambar2 aktiviti tersebut akan chegu isi setelah siap di edit.

 Sebelum mengundurkan diri, rasanya belum terlambat untuk chegu ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga guru di seluruh Malaysia terutamanya yang berkhidmat di sekolah pedalaman seperti chegu. Selamat Hari Guru!