iLovePalestine.com

LawatanJune 28, 2009 4:30 pm
Salam…
Berikut adalah sorotan gambar jalan2 ke Cameron baru2 ni pada Sabtu 20 Jun lepas. Disertai oleh 5 orang guru lelaki dan 5 orang guru perempuan dengan menaiki 2 buah Myvi.
Perjalanan bermula pada pukul 8 pagi dari Tanjung Jambu. Singgah di Koyan untuk breakfast dulu.
Dalam pukul 9, perjalanan diteruskan dari Betau ke Cameron.
Perjalanan agak mencabar ketika melalui jalan tanah merah yang belum berturap.
Pada pukul 11, tiba di stesen Petronas Ringlet dan dari situ terus ke Taman Teh Boh Cameron.
Ketika di Taman Teh Boh Cameron. Masing2 bergambar sakan temasuklah chegu.
Melawat Strawberries & Jam, untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah strawberi. Nyum! Nyum!
Singgah sebentar di Foodcourt untuk mengisi perut yang dah lapar sebelum berangkat pulang. Tiba di Koyan dalam pukul 7 lebih.

UcapanJune 26, 2009 12:39 pm
Salam semua…
 
Pada 21 jun lepas, SK Lenjang telah menerima 2 orang guru praktikum baru kerdol (perempuan)… Boor leq…Yg pakai baju pink,namanya Aniza, dan yg berbaju biru namanya Suryana (kawin dah). Hubby dia kat sebelah yang berkacamata hitam tu. Sanggup masuk sekali menemani Suryana di Lenjang. Memang tercalon sebagai suami mithali nih…Gambar 2 gadis cantik kat sebelah Suryana dari kiri ialah PPM baru sekolah, Cik Zie dan Cikgu Shima yang tengah control ayu.. Jangan mara…Gurau2 je.

Dorang akan menjalani praktikum selama 3 minggu sahaja di Lenjang dan 3 minggu lagi di sekolah luar. Chegu ucapkan semoga guru2 praktikum ni dapat menyesuaikan diri dgn suasana di Lenjang dengan baik dan dapat menjalani praktikum dengan jayanya. Sebelum terlupa, chegu jugak telah dilantik sebagai Guru Pembimbing sebab dorang mengambil major Matematik di maktab chegu dahulu, IPTAA Lipis. Tahniah dan selamat berpraktikum! Aboor…

 P/S: Pada ketika gambar di atas diambil, chegu tak dapat join dorang masuk dengan hilux kerana chegu kena menghadiri meeting EMIS di PPD Lipis pada keesokan harinya…(dah pun, baca post kat bawah)
 
 

DiariJune 25, 2009 1:54 am
Salam semua…
 
 
Baru-baru ni, chegu menghadiri taklimat berkaitan EMIS Online di PPD Lipis pada 22 Jun lepas. Fungsinya sama saje dengan sistem EMIS yang biasa digunakan sebelum ni, cuma sekarang sistemnya dah dikemaskini dan yang penting online. Jadi, semua guru data di seluruh Malaysia boleh menggunakan sistem ni di mana sahaja PC yang mempunyai talian internet. Mudah kan. Tapi, apa yang chegu harapkan, semoga talian servernya beroperasi dengan lancar memandangkan seluruh guru data di seluruh sekolah di Malaysia yang bakal menggunakannya untuk pengemaskinian data sekolah setiap hujung bulan.
 

UcapanJune 23, 2009 12:52 am
Salam…
 
Special to all fathers in the world…Happy Fathers’ day!
 
 
 
Al-fatihah to my late beloved dad, Ali bin Ngah and my late adopted father, Ramli bin Mat Arof. May Allah bless them…Amin… Dad, father, you are always in my heart and my mind…
 

UcapanJune 21, 2009 9:52 pm
Salam didahulukan kepada pembaca setia 1001 memori…
 
Maaf kerana dah lama tak update blog personal chegu ni. Dalam tempoh minggu yg lepas, ade dua cerita yang nak dikongsi bersama dengan korang. Satu, jalan-jalan di Cameron Highlands.. dan dua, kemasukan dua orang guru praktikum di SK Lenjang.
 
Seperti biasa, sorotan gambar2 akan diisi kemudian setelah chegu selesai mengeditnya…Okey… Pada ketika blog ini ditulis, chegu sebenarnya sudah menikmati makan malam di KFC Lipis. Kenapa? Sebab chegu terlupa membawa broadband chegu dan keesokannya pulak, chegu ade meeting Data di PPD. Takpelah, janji dapat guna tenet sekejap pun takpelah. OK. Aboor…

UcapanJune 14, 2009 7:25 am
Salam…
 
 
 
Semalam chegu dan rakan karib, tukang ambil gambo, Jasrul, sempat bertandang ke rumah kawan satu sekolah rendah & menengah, Akhir yang dibuat di Bukit Pelindong, Beserah, Ktn. Seperti biase, diucapkan selamat pengantin baru buat Akhiruddin dan pasangannya. Semoga korang berbahagia hingga akhir nanti, spt bait2 lagu Alleycats, Hingga akhir nanti…haa nyanyilah sendiri.
 
Turut kelihatan dlm gambo, ustaz Zairi yg berkopiah, Che Wan dan Khairidz. Kawan2 lain sumer dah balik…adoi…Sori Jas sbb tak ambik gambo mu. Tapi terima kasih sbb mengenyangkan aku makan lauk kenduri kawin sedaramu 2 kali selepas tu…Haha…Lain kali jgn serik ajak aku lagi. emoticon
 
P/s: Oleh kerana cuti sekolah dah abis dah, chegu ucapkan selamat kembali ke sekolah buat semua warga pendidik dan dididik. Hari ni masuk Lenjang!!
 
 

UcapanJune 13, 2009 12:00 am
 
 
 
Ucapan dan doa untuk diri sendiri ni! Selamat hari jadi yg ke XX! Hai dah tua rupenye aku…Sedor pun…Credits to iluvislam.com yang sediakan gambo kek behday ni.
 
P/S: Kalau betul kek ni ade depan mata, dah lama telan…hehe.