iLovePalestine.com

PerisianJuly 26, 2009 5:59 am
Salam…
 
Saje je tambah ruangan ni sebab maybe ade software yg kita pakai mungkin berguna untuk orang lain kan. Macam software yg chegu baru taruk ni bersaiz kecik je. Dan ia memerlukan talian internet untuk berfungsi.  
 
Nama software ni, Malaysian Radio! V3.  Kalu korang suka dengar radio secara online, ni software alternatif la. Di sekolah chegu siaran radio dan tv mmg x dpt kecuali astro.
 
Credit to syntax. 

DiariJuly 25, 2009 8:22 am
Salam…
 
Lama tak update blog… dan lama jugak x cek internet. Chegu sebenarnya baru pulang dari KL setelah selama 5 hari 4 malam (19-23 Julai 2009) menjadi guru pengiring untuk program 1Malaysia Indahnya Bandarayaku. Selain chegu, ade 3 orang lagi guru pengiring dari Lenjang iaitu Cikgu N, Cikgu Saiidi dan Cikgu Pahimi. Selain tu, ade 4 orang guru pengiring tambahan dari Kuantan yang membantu kami menguruskan lawatan. Thanks guys! Seramai 72 orang murid SK Lenjang (tahun 6 & 5) yang menyertai rombongan ni.
 
Antara tempat2 menarik di KL yang dilawati ialah Tugu Negara, Dataran Merdeka, Petrosains KLCC, Aquaria dan Planetarium. Di Putrajaya, kami melawat Taman Warisan Pertanian, Taman Botani, Taman Wetland, Masjid Putrajaya, dan paling best, menaiki cruise pada waktu malam sambil menikmati keindahan permandangan Putrajaya dari tasik. Cantik!!!
 
Sungguhpun chegu rasa seronok yang amat sangat, tapi sebagai insan biasa, chegu jugak rasa kehel (penat) kerana inilah pengalaman pertama chegu menguruskan rombongan murid2 asli sekolah rendah di luar sekolah. Macam2 kerenah dan ragam yang ditunjukkan tapi alhamdulillah semua terkawal. Dan yang plg penting, objektif membawa budak2 Lenjang ke Kuala Lumpur telah tercapai! Handel!!
 
Ape2 pun, sorotan gambar2 akan chegu isi kemudian spt biasa…kehel leq!

SekolahJuly 15, 2009 2:00 am
Salam…
Haa nilah Taman Mini Herba SK Lenjang.
Pagi tadi, chegu saje2 ambik gambar taman herba sekolah. Dekat belakang pejabat je. Chegu tengok banyak bunga misai kucing yang berwarna putih kembang mekar ..Kalau nk tau, nilah pokok misai kucing. Nama saintifiknya, Orthosiphon aristatus /stamineus benth. Tergeliat lidah nk menyebutnya. Hehe.  
Apa guna pokok herba ni? Kegunaannya ialah untuk melawaskan kencing, mengelakkan batu karang dan juga merawat penyakit kencing manis. Skang ni cam dah jadi trend plak, ramai orang yg jadikannya sebagai pokok hiasan rumah. Dan ni pulak sedara misai kucing, pokok pecah beling. Nama saintifik, Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae). Kegunaan, merawat kanser, kencing manis serta batu karang.
Selain tu, chegu rasa macam taman ni dah jadi macam taman rama2 plak. Sebab, banyak rama2 spesies Monarch berterbangan sana-sini menghisap madu bunga misai kucing. Nama saintifiknya, kalau korang nak tau, danaus plexippus. Haa..tulah gunanya internet. Search aje. Rasa mcm dah jadi pakar botani la plak. Sebenarnya, banyak lagi pokok herba yang boleh diperolehi di hutan Lenjang spt Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Ubi Jaga, Pasak Bumi…Tapi buat masa ni, hanya pokok misai kucing dan pecah beling yang ditanam di taman mini ni. Semuanya ditanam oleh bekas guru sekolah, tak lain tak bukan, cikgu Jazemi.
p/s: Kalau korang nk sumbangkan tanaman herba ke sekolah chegu pun ble jgk.

Foto, DiariJuly 10, 2009 1:23 am
 
Hahaha… tak dapat nk crite…kelako sesangat… gambar ni diambil pada 6.7.2009 yang lalu lepas sesi shooting outdoor dah abiss. Tengok gaya dan rupe, pengapit plak lagi havoc daripada pengantin. Haha! Cayalah Manggis Production dan Mayagraphy.