iLovePalestine.com

UcapanAugust 31, 2009 1:24 am
Salam…
 
 
 
Selamat berpuasa dan tak lupa, hari ni adalah hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 52…Selamat hari Merdeka!!! Sama-samalah kita laungkan, MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
 
Wah! Patriotik sungguh chegu pagi ni…Tapi sebagai rakyat jati Malaysia, kita wajib ada semangat patriotik terhadap negara kita. Kerana kitalah sumber aspirasi negara. Tanpa kita, maka tiadalah negara kita yang tercinta ni. 
 
Jadi, bersama-samalah kita menanamkan sikap cintakan negara dan menjaga kemakmuran serta keamanan yang telah dikecapi sejak negara kita merdeka lagi. 
 
"1Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan." 
 
 
 
 

DiariAugust 25, 2009 2:10 am
Salam… 
 
Sebenarnya, crite ni takde kena mengena dengan puase pun dan dah berlalu agak lama. Tapi rasanya chegu nak kongsi je la. Mgkin ade kawan2 yg berminat nk beli jugak kan.
Lepas habis kursus emis online, chegu dan 2 rakan cikgu pergi ke Lowyat…tujuannya, satu je. Chegu nk beli netbook yg dah lama chegu idamkan iaitu HP Mini model baru 2140.
 
Dan selepas wusha 2-3 kedai, chegu berkenan kat satu kedai ni, harga nk kata murah sgt xderla tapi oklah daripada tak ble turun langsung kan. Harga asal rm1700 dan chegu cuma dpt kurang 100 je. Dorang ni pandai betul berniaga, mesti nk taruk ‘free gift’ kononnya nk tarik hati pelanggan tapi sebenarnya dah markup sekali dgn harga notebook. 
 
 
 
Malas nak fikir panjang, jadi chegu pun beli…Jadi lepas cuti ni, memang nk tayang netbook baru ni pun kat sekolah. Bukan ape, bagi chegu, ia senang nk dibawa ke mana2 sebab ringan. Chegu pilih HP, sebab rekabentuknya menarik dengan kerangka aluminium.
Hanya 1 je yang chegu ralat skit. Bila chegu pasang celcom broadband, perisian dial-up Celcom akan keluarkan mesej ralat kerana ia tak sesuai dengan skrin netbook ni. Jadi ape yang chegu buat ialah membuat dial-up sendiri di Connection. Settle satu masalah. Janji dapat guna internet.
Hari ini pun, chegu dah siap buat 4 partition. Lepas ni, mungkin netbook ni akan dipenuhi dengan segala macam jenis data. (maklumlah, chegu memang guru data pun). Akhirnya, tercapai jua impian chegu nak dapatkan HP Mini baru…Terima kasih pada cikgu Zuhairi dan cikgu Shafei yang sudi teman chegu mencari netbook ni. Hehe.

UcapanAugust 21, 2009 1:39 am
Salam semua… 
 

 
 Pejam celik mata, rupanya dah nak masuk puase dah… Pada kesempatan ini, chegu ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga sepanjang bulan penuh keberkatan itu nanti, kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan sunat di samping menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa. Amin…

UcapanAugust 17, 2009 8:54 pm
Salam…
 
Sekembalinya chegu daripada key ell pada 13hb Ogos lepas, terasa tak sedap badan. Apa taknya, rasa macam nak demam, tekak rasa perit, batuk2, dan sedikit selesema. Pada hari kedua berkursus, chegu tak buang masa pergi cek kesihatan di Pusrawi, KL (Belakang Hotel Putra je). Alhamdulillah, tiada apa yang luarbiasa cuma demam biasa.
 
Sampai di Lipis, sakit tekak dah berkurangan. Cuma batuk yang belum reda. Memang belum sihat sepenuhnya. Sehingga ketika post ni ditulis, chegu masih kurang sihat. Tapi chegu masih cekal mengajar seperti biasa. (Maknanya bukan tak boleh mengajar langsung).
 
Harapnya, chegu sihat walafiat seperti biasa dalam masa terdekat. Bulan puasa pun dah makin dekat. Cuti sekolah pun sama. Dengan keadaan cuaca dan wabak yang tak menentu sekarang ni, chegu harap dapat bercuti di kampung dengan tenang. Chegu doakan semoga wabak yang menular di negara kita dan dunia sekarang ni, akan beransur-ansur reda dengan kehendakNya. Amin.
 

DiariAugust 11, 2009 12:40 am
Salam…dari key ell…
 
 
 
Pada ketika post ni ditulis, chegu skang sedang baring2 di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Kenapa? Kerana semua guru data baru untuk sekolah rendah dan menengah diminta untuk hadir ke ‘Taklimat Literasi Maklumat kepada Guru Data Maklumat (GDM) Baru Kumpulan 2 Tahun 2009′.
 
 Berapa lama tuh? 10 hingga 13 Ogos 2009. Lama jugak. Empat hari tuh. Taklimat ekslusif ni dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Pahang. Sebagai info tambahan, seramai 77 orang guru GDM baru yang terpilih menyertai taklimat ini. Mereka dari merata ceruk Pahang iaitu daerah Bentong, Cameron Highlands, Jerantut, Raub dan juga Lipis.
 
Harapnye, chegu dapat sedut seberapa banyak ilmu berguna untuk dimanfaatkan selaras dengan tanggungjawab chegu sebagai guru data sekolah, sepanjang kursus ini berjalan. Aboor.
 
P/s: Rupa2 nya ade kerja baru plak yang perlu chegu bereskan. Sabar je lah.

Sekolah, BeritaAugust 7, 2009 1:27 am
Salam,..
 
Lama tak update blog…rupa-rupanya ade berita yang chegu lupa nak sampaikan…Cikgi-cikgi praktikum dah selamat menamatkan sesi praktikum di SK Lenjang pada minggu lepas…Mereka akan menghabiskan 12 minggu lagi di SK Tempoyang, Lipis sebelum layak bergelar guru.  Ape2 pun, chegu ucapkan selamat maju jaya buat mereka berdua! Buat yang terbaik, ok!
 
Dan pada minggu ini juga, 2 orang cikgu pai (bukan cikgi dah), masuk berpraktikum menggantikan tempat cikgu Yana dan cikgu Zaza. Mereka ialah cikgu Salehi dan cikgu Zulfauzee. Mereka berdua pun daripada maktab yang sama dalam Major Matematik macam chegu jugak. Selamat berpraktikum di SK Lenjang! emoticon

Lawatan, FotoAugust 1, 2009 2:40 pm
Salam…
 
Sekarang dipersembahkan…program 1Malaysia lawatan ke KL dan Putrajaya…oleh guru2 dan murid2 SK Lenjang…pada 20-23 Julai 2009 yang lepas. 
 
 
 
 
Baca lagi…