iLovePalestine.com

DiariSeptember 28, 2009 6:21 pm
Salam,
 
Hari ni, chegu dah kembali bertugas di SK Lenjang semula…  Apa yang tak sedapnya, hari pertama jugak chegu diserang penyakit sakit mata. Tension!
 
Bukan berjangkit daripada budak, tapi chegu dapat lepas bangun dpd tidur semalam..adus…so, tak pasal2 chegu naik ke pejabat dengan ber-spek mata hitam.
 
 
 
Dan seperti biasa la, ramai cikgu2 yang bertanya. "sakit mata ke?".
 
Budak2 lagi best, "siegu ber-spek, bergaya…".  Ahaks. Sapa nak jawab. Chegu balas dengan senyuman jer. So, satu hari suntuk lah , chegu mengajar dengan berkaca mata hitam. Budak2 dan staf orang asli sekolah semua asyik pandang2 je spek chegu. Lantak pi lah. Janji, kerja beres. 
 
Nasib baik chegu Naim ada ubat titis mata. Dan petang ni jugak chegu rasakan sakit mata chegu dah berkurang. Alhamdulillah… xyah pakai spek dah! yahhoo!
 
 

UcapanSeptember 20, 2009 1:58 pm
Salam…
 
Sempena 1 Syawal 1430H ini,
chegu mengucapkan
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
maaf zahir dan batin…
 

 
Dalam kita sibuk bergembira,
jangan lupa pada yang tiada…
jangan lupa sanak saudara,
teman juga rakan taulan,
jiran-jiran tetangga,
samada jauh atau dekat,
 
serta
 
TUHAN YANG MAHA ESA
  
TUHAN PENCIPTA SEKALIAN ALAM…
 


Ucapan, DiariSeptember 16, 2009 11:44 am
Salam…
 
Hari ni telah masuk hari ke 26 kita melaksanakan ibadah berpuasa. Jika dicongak, tinggal 4 atau 5 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hm, chegu rasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik dah sampai ke penghujung Ramadhan. Rasa tak sabar nak balik pun ade jugak.
 
Hari ni merupakan hari terakhir chegu menilai prestasi PNP guru praktikum, cikgu Salehi, bersama-sama dengan pensyarah IPTAA, En. Khazali. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan cikgu praktikum pun dah boleh tersenyum lebar kerana mereka kini sudah lepas satu ujian. Ujian seterusnya buat mereka ialah peperiksaan akhir pada bulan berikutnya. Selamat maju jaya chegu ucapkan kepada mereka berdua. Dan esok, merupakan hari terakhir mereka di bumi Lenjang… Aboor. Teruskan perjuangan anda.
 
 
 
Hari ini juga adalah hari terakhir seluruh warga Lenjang berbuka di sini. Chegu rasa macam hidangan pada hari ini begitu mewah sekali. Ada macam2 lauk. Antaranya, siput sedut, kari ayam, sayur kacang, sambal bilis goreng, ayam goreng, petai, begedil. Fuhhh…alhamdulillah. Rezeki berbuka di sini sentiasa ada walaupun di sini tiada bazaar Ramadhan seperti di luar sana. Syukran.
 
Dan hari ni juga adalah hari terakhir kami bertarawikh di sini. Alhamdulillah. Walaupun berada di tengah-tengah hutan belantara yang jauh dari bandar, kami masih mampu beramal di bulan Ramadhan. Semoga amalan ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah…
 
Pada kesempatan ini, chegu memohon ampun zahir dan batin sekiranya ada salah silap chegu samada sengaja atau tidak sengaja chegu lakukan di blog ini ataupun di luar sana. Kepada semua rakan2 ataupun pembaca blog ni, jemputlah beraya ke rumah di Beserah, Kuantan.
 
Tangan dihulur, maaf dipinta…Selamat menjelang Hari Raya Aidilfitri… 
 
 
 
 

UcapanSeptember 8, 2009 12:47 am
Salam….
 
 
Lama dah chegu tak update blog ni… Untuk kesekian kalinya, chegu nak ucapkan selamat menempuhi peperiksaan UPSR buat semua warga Lenjang tahun 6! Usaha yang gigih pasti akan membuahkan keputusan yang bagus. Chegu doakan kamu semua dapat menempuhinya dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang. Aminn… Jawab betul2… Mungkin chegu akan hadiahkan sesuatu pada mereka yang berjaya lulus peperiksaan bagi subjek Matematik. Ehem, subjek lain takde ke? Kalu subjek lain, kena mintak dengan cikgu lain la, kalu tak, pokai la chegu…Hehe.
 
Apa2 pun, mungkin pagi2 nanti chegu akan memberikan pesanan terakhir buat mereka semua. Buat pembaca blog ni, doakan mereka ni berjaya. Semoga kejayaan mereka nanti dapat memberikan suntikan semangat kepada adik2 mereka kelak.
 
 
Suasana pada hari pertama peperiksaan UPSR di SK Lenjang.