Detik-detik terakhir Ramadhan di Lenjang…
Salam…
Hari ni telah masuk hari ke 26 kita melaksanakan ibadah berpuasa. Jika dicongak, tinggal 4 atau 5 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hm, chegu rasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik dah sampai ke penghujung Ramadhan. Rasa tak sabar nak balik pun ade jugak.
Hari ni merupakan hari terakhir chegu menilai prestasi PNP guru praktikum, cikgu Salehi, bersama-sama dengan pensyarah IPTAA, En. Khazali. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan cikgu praktikum pun dah boleh tersenyum lebar kerana mereka kini sudah lepas satu ujian. Ujian seterusnya buat mereka ialah peperiksaan akhir pada bulan berikutnya. Selamat maju jaya chegu ucapkan kepada mereka berdua. Dan esok, merupakan hari terakhir mereka di bumi Lenjang… Aboor. Teruskan perjuangan anda.
Hari ini juga adalah hari terakhir seluruh warga Lenjang berbuka di sini. Chegu rasa macam hidangan pada hari ini begitu mewah sekali. Ada macam2 lauk. Antaranya, siput sedut, kari ayam, sayur kacang, sambal bilis goreng, ayam goreng, petai, begedil. Fuhhh…alhamdulillah. Rezeki berbuka di sini sentiasa ada walaupun di sini tiada bazaar Ramadhan seperti di luar sana. Syukran.
Dan hari ni juga adalah hari terakhir kami bertarawikh di sini. Alhamdulillah. Walaupun berada di tengah-tengah hutan belantara yang jauh dari bandar, kami masih mampu beramal di bulan Ramadhan. Semoga amalan ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah…
Pada kesempatan ini, chegu memohon ampun zahir dan batin sekiranya ada salah silap chegu samada sengaja atau tidak sengaja chegu lakukan di blog ini ataupun di luar sana. Kepada semua rakan2 ataupun pembaca blog ni, jemputlah beraya ke rumah di Beserah, Kuantan.
Tangan dihulur, maaf dipinta…Selamat menjelang Hari Raya Aidilfitri…













