iLovePalestine.com

DiariOctober 23, 2009 2:51 pm
Salam,
 
Pada ketika entry ni ditulis, hujan sedang rancak membasahi bumi Lenjang. Rosak program! Takde ape perkara serius pun. Cuma perjalanan menuju ke tapak perkhemahan Simpang Titom terpaksa dilewatkan sementara menunggu hujan reda. Ya betul! Perkhemahan badan beruniform sekolah bermula pada hari ni!
 
 Apa kene mengena dengan tajuk pulak? Takde kene mengena pun. Larah tu sebenarnya nama sejenis buah yang dipanggil di sini. Kalau di luar, orang kita panggil buah taban. Tapi chegu suka panggil buah gaban je..hehe.. 
 
Inilah rupanya buah larah ataupun taban… chegu baru tergerak nk taruk di blog. Cerita ni dah 2 minggu lepas sebenarnya. Jaga sekolah yang bawak untuk cikgu2 sekolah. Rasanya, manis macam buah rambai. Isinya pun macam buah rambai tapi kulitnya berwarna oren semacam buah setor.
 
Itu ajelah untuk hari ni… berjumpa lagi di lain entry.

Sekolah, DiariOctober 21, 2009 11:29 pm
Salam…
 
Lama dah tak update blog. Macam dah bersawang plak rasenye blog chegu ni. Untuk cerita yang terbaru, pada petang tadi, sekolah chegu ade buat gotong-royong membersihkan tapak perkhemahan untuk perkhemahan badan beruniform sekolah iaitu Pengakap dan KRS.
 
 Disertai oleh guru-guru lelaki dan juga staf sekolah, masing-masing tolong-menolong menebas lalang, memotong buluh dan juga membakar lalang dan sampah-sarap. Bila dah siap gotong-royong, tapak perkhemahan tu jadi lapang dan bersih.
 
 
 
Lupa nak cakap, tapak perkhemahan pada tahun ni dibuat di Simpang Titom. Tempat tu memang strategik kerana kawasannya lapang dan permandangan sekitarnya amat cantik. Tambahan pula, ia diapit oleh dua anak sungai di kiri dan kanan kawasan serta menjadi laluan utama ke Titom.
 
Sebagai guru penasihat pengakap, chegu benar2 berharap agar perkhemahan pada kali ni akan bertambah menarik dan lebih berjaya berbanding tahun lepas…InsyaAllah… 
 
p/s: Kalau nak tengok gambar cikgu-cikgu Lenjang lain, sila klik sini.
 

BeritaOctober 13, 2009 8:07 pm

Kementerian tumpu pembangunan modal insan Orang Asli dalam RMK-10

KUALA LUMPUR: Pembangunan ekonomi dan pendidikan Orang Asli akan terus menjadi fokus Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam mengurangkan kadar miskin tegar dan miskin di kalangan masyarakat itu. 

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, berkata kementerian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) merangka bentuk pembangunan yang akan dijalankan menjelang Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tahun depan. 

"Projek Agropolitan Bersepadu akan dimajukan secara luas di penempatan Orang Asli dalam Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) di mana mereka boleh bercucuk tanam dan menjual hasil tanaman mereka dengan mudah kerana mereka hanya menjalankan aktiviti itu dalam kawasan penempatan mereka.

"Selain itu dari segi pendidikan, sekolah turut dibina dalam kawasan penempatan mereka bagi memastikan kanak-kanak di dalam kelompok ini tidak ketinggalan mendapat ilmu seperti kanak-kanak lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri bersama masyarakat Orang Asli di Gombak, di sini hari ini. 

Selain itu, katanya kementerian akan turut membangunkan sektor pelancongan di kawasan penempatan Orang Asli menjelang tahun depan. 

Hasan berkata projek berskala besar itu akan dijalankan secara bersepadu seperti yang dibuat di Kuala Betis, Kelantan dan Kampung Pantos, Pahang, sebelum ini.

Sementara itu menurut statistik yang dikeluarkan JHEOA, kadar miskin tegar dan miskin mencatat penurunan apabila beberapa program dijalankan bagi mencapai matlamat itu seperti program bimbingan usahawan dan program bantuan rumah. 

Awal tahun lalu sebanyak 13,945 keluarga Orang Asli berada dalam kelompok miskin tegar dan miskin. 

Jumlah itu mencatatkan penurunan kepada 6,749 keluarga April lalu. - Bernama

 

Sumber: Berita Harian Online, 13 Oktober 2009


Sekolah, DiariOctober 4, 2009 10:34 pm
Salam Aidilfitri,
 
Pada 30 hb lepas, seluruh warga SK Lenjang bergumbira meraikan jamuan Aidilfitri beramai-ramai dengan sambutan yang cukup meriah.
 
Jamuan yang disambut pada sebelah petangnya bermula dengan persiapan rapi pada sebelah paginya oleh guru-guru dan staf SK Lenjang. 
 
Mana taknya, setiap guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menyiapkan tugasan seperti memotong daging, memarut kelapa, membakar lemang, memasak rendang dan sebagainya.
 
 
 
Kumpulan chegu yang terdiri daripada cikgu N, Shima, Zie, Deqni dan Naim ditugaskan untuk menyediakan rendang. Oleh kerana kumpulan chegu ramai cikgi2, jadi mudahlah kerja2 menyediakannya. Tak cukup dengan rendang biasa, chegu dan cikgu Naim memasak rendang Opor dan rendang Tok pulak. Saje je bagi kelainan skit.
 
 Jamuan kali ni memang meriah dan happening. Tapi ape yang penting, kerjasama antara setiap warga SK Lenjang jelas terpancar setiap kali menjalankan program atau aktiviti berkaitan sekolah. Semoga ia berterusan hendaknya…