Salam kepada pembaca Ceritera Lenjang semua…

Hitam2 si tampuk manggis…Sungguhpun hitam dipandang manis… Tajuk kali ni berkaitan buah yg menjadi kegemaran chegu selepas buah durian… Manggis. Tapi kenapa logus? Ini kerana masyarakat asli semai memanggil buah manggis dengan nama logus. Jadi chegu letaklah tajuk logus.
Ceritanya begini. Pada minggu lepas, chegu tak balik kampung, jadi chegu lepak di rumah sewa cikgu2 Lenjang di Tg. Jambu, Lipis. Oleh kerana takde ape yang nak dibuat, chegu pun cuba2 la meninjau pokok manggis kepunyaan tuah rumah. Sangkaan chegu, buahnya mesti dah kurang sebab dari luar memang tak nampak pun buah yang masak. Jadi, chegu pun cuba la panjat.
Panjat punya panjat, rupa2nya banyak buah yang masak menyorok di celah2 hujung daun. Banyak! Ada besar, ada kecik. Memang kira rezeki chegu la pada hari tu. Alhamdulillah. Dapat la penuh satu bakul motosikal chegu… Dan hari tu jugak chegu bawak masuk Lenjang…Kebetulan pokok langsat sebelah pokok manggis pun berbuah lebat…chegu bedal la jugak…tapi tak banyak sebab banyak kerengga wo… Rezeki hujung minggu…













