iLovePalestine.com

BeritaNovember 25, 2009 1:17 am

Bakal guru wajib akujanji?

 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, syarat yang sedang dipertimbangkan itu bertujuan memastikan guru-guru yang baru berkhidmat di pedalaman tidak merayu untuk berpindah.

Baca lagi…


BeritaOctober 13, 2009 8:07 pm

Kementerian tumpu pembangunan modal insan Orang Asli dalam RMK-10

KUALA LUMPUR: Pembangunan ekonomi dan pendidikan Orang Asli akan terus menjadi fokus Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam mengurangkan kadar miskin tegar dan miskin di kalangan masyarakat itu. 

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, berkata kementerian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) merangka bentuk pembangunan yang akan dijalankan menjelang Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tahun depan. 

"Projek Agropolitan Bersepadu akan dimajukan secara luas di penempatan Orang Asli dalam Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) di mana mereka boleh bercucuk tanam dan menjual hasil tanaman mereka dengan mudah kerana mereka hanya menjalankan aktiviti itu dalam kawasan penempatan mereka.

"Selain itu dari segi pendidikan, sekolah turut dibina dalam kawasan penempatan mereka bagi memastikan kanak-kanak di dalam kelompok ini tidak ketinggalan mendapat ilmu seperti kanak-kanak lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri bersama masyarakat Orang Asli di Gombak, di sini hari ini. 

Selain itu, katanya kementerian akan turut membangunkan sektor pelancongan di kawasan penempatan Orang Asli menjelang tahun depan. 

Hasan berkata projek berskala besar itu akan dijalankan secara bersepadu seperti yang dibuat di Kuala Betis, Kelantan dan Kampung Pantos, Pahang, sebelum ini.

Sementara itu menurut statistik yang dikeluarkan JHEOA, kadar miskin tegar dan miskin mencatat penurunan apabila beberapa program dijalankan bagi mencapai matlamat itu seperti program bimbingan usahawan dan program bantuan rumah. 

Awal tahun lalu sebanyak 13,945 keluarga Orang Asli berada dalam kelompok miskin tegar dan miskin. 

Jumlah itu mencatatkan penurunan kepada 6,749 keluarga April lalu. - Bernama

 

Sumber: Berita Harian Online, 13 Oktober 2009


Sekolah, BeritaAugust 7, 2009 1:27 am
Salam,..
 
Lama tak update blog…rupa-rupanya ade berita yang chegu lupa nak sampaikan…Cikgi-cikgi praktikum dah selamat menamatkan sesi praktikum di SK Lenjang pada minggu lepas…Mereka akan menghabiskan 12 minggu lagi di SK Tempoyang, Lipis sebelum layak bergelar guru.  Ape2 pun, chegu ucapkan selamat maju jaya buat mereka berdua! Buat yang terbaik, ok!
 
Dan pada minggu ini juga, 2 orang cikgu pai (bukan cikgi dah), masuk berpraktikum menggantikan tempat cikgu Yana dan cikgu Zaza. Mereka ialah cikgu Salehi dan cikgu Zulfauzee. Mereka berdua pun daripada maktab yang sama dalam Major Matematik macam chegu jugak. Selamat berpraktikum di SK Lenjang! emoticon

Berita, DiariMay 8, 2009 1:07 am
Salam…
Berikut adalah sorotan detik2 bersejarah bagi SK Lenjang semasa Lawatan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dr. Mohd. Puad Zarkashi pada 6 Mei 2009.
Lebih kurang pada pukul 2.10 petang, YB Datuk Puad tiba di SK Lenjang. Beliau diiringi oleh Senator Osman Bungsu, YB Devamany (Ahli Parlimen Cameron Highlands), Pengarah JPN Pahang Serta Pegawai PPD Lipis. Setibanya beliau di sekolah, beliau disambut oleh GB, GPK dan warga SK Lenjang serta tarian sewang istimewa oleh murid2 SK Lenjang. Terpegun sejenak beliau melihat aksi tarian sewang tersebut.
MC pada hari yang penuh bersejarah itu dijayakan oleh Cikgu Naim dan Cikgu Shima. Korang memang boor lah. Maka bermulalah acara makan tengahari untuk semua tetamu kehormat yang datang. Kemudian, YB Datuk Puad diiring oleh GB Sekolah iaitu En. Zainal ke kelas Tahun 1 untuk taklimat berkaitan sekolah.
YB Datuk tidak lupa untuk meninjau ke persekitaran sekolah seperti asrama murid dan juga rumah guru. Sebelum berangkat ke Sk Titom, YB Datuk sempat bersalam dan bergambar dengan warga SK Lenjang sebagai kenang-kenangan. Terima kasih YB Datuk Puad yang sudi datang meninjau kami guru2 di pedalaman dan memahami kepayahan kami di sini.

BeritaDecember 23, 2008 5:45 pm
Fokus: Pendidikan Orang Asli
Pelajar yang tercicir dalam pelajaran terus ketinggalan dalam bidang sains, teknologi
MUNGKIN sesetengah pihak menganggap isu pendidikan di kalangan Orang Asli tidak ada kena mengena dengan kehidupan mereka kerana tidak dilahirkan daripada salah satu suku kaum berkenaan atau mempunyai hubung kait dengan masyarakat pribumi itu.

Namun tanpa disedari kaum majoriti seperti Melayu, Cina dan India di negara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor keciciran pendidikan di kalangan Orang Asli walaupun ia hanya membabitkan kes terpencil serta sering dianggap perkara lapuk serta remeh oleh segelintir pihak.

Kebanyakan liputan yang dibuat sebelum ini mengambil kira mengenai usaha yang sudah dilakukan beberapa pihak dalam usaha membantu pelajar Orang Asli keluar daripada belenggu keciciran dan kemiskinan, namun apa diperlukan masyarakat itu serta pendapat mereka jarang didengari.

Sejauh mana masyarakat Malaysia mengambil tahu tentang perihal Orang Asli? Mungkin terlalu kecil bilangan mereka yang arif mengenai kumpulan pribumi itu dan kebanyakannya masih dengan pelbagai pandangan skeptikal yang tidak perlu dinyatakan lagi.

Justeru, persepsi negatif terhadap Orang Asli perlu diubah supaya mereka tidak rasa terpinggir seterusnya mempunyai keyakinan untuk memasang cita-cita yang lebih baik dan ia bermula dengan kesedaran terhadap pentingnya pendidikan sejak kecil.

Pengarah Pusat Pengajian Pribumi Malaysia, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Juli Edo, berkata tiada alasan kukuh ditemui penyelidik mengapa kanak-kanak Orang Asli malas ke sekolah.

“Antaranya majoriti mereka berasa terkurung apabila tinggal di asrama kerana terpisah daripada persekitaran, ibu bapa, rakan dan terpengaruh dengan cerita orang terdahulu yang pernah ke sekolah.

Katanya, laporan pengkaji terdahulu, Hassan Mat Nor menyatakan, mereka malas, namun perkataan malas diterjemah dalam bahasa suku Semai sebagai ‘Segat’ bukan bermaksud malas saja tetapi segan atau mengelak untuk sesuatu perkara atau tidak mahu memanjangkan cerita.

Statistik Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang dibentang Ahli Dewan Negara, Senator Osman Bongsu kepada Berita Harian, baru-baru ini menunjukkan bilangan pelajar Orang Asli yang tamat tahun enam dan menyambung pelajaran ke tingkatan satu menunjukkan pengurangan sejak 2001.

Misalnya pada 2007, jumlah yang menamatkan pengajian tahun enam 4,266, tetapi hanya 2,726 mendaftar ke tingkatan satu, menurut 1,540 berbanding tahun sebelumnya.

Lebih membimbangkan hanya 941 daripada 2.075 pelajar pada 2000 berjaya menamatkan pengajian di tingkatan lima, manakala pada 2004 jumlah keciciran mencatat 54.65 peratus.

Bagaimanapun katanya, di peringkat pengajian tinggi, jumlah pelajar Orang Asli meningkat daripada 46 tahun lalu kepada 97 pada 2008.

Osman berkata, jumlah itu masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan yang keciciran dalam pelajaran.

Keciciran pelajaran kini tidak dapat dipisahkan dengan ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi seperti dinyatakan Prof Emeritus Datuk Dr Hood Salleh dalam bukunya bertajuk Dunia Peribumi dan Alam Sekitar: Langkah Ke Hadapan.

Pengetahuan terhadap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang juga sebahagian daripada sains dan teknologi di mana Orang Asli juga perlu sama-sama memajukan diri seterusnya bersaing menguasai bidang itu.

Namun, kajian ICT terhadap Orang Asli di Desa Temuan, pusat bandar Bukit Lanjan yang dijalankan Pensyarah Kanan Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Dr Sarjit Singh Gill bersama pembantu penyelidiknya, Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail baru-baru ini mendapati jurang digital yang besar di situ dengan masyarakat tempat lain.

Dr Sarjit berkata, pembabitan belia Orang Asli dalam penggunaan ICT masih belum meluas kerana mereka tidak begitu memerlukan ICT dalam pekerjaan, bagaimanapun mempunyai minat untuk belajar jika diberi peluang kerana infrastruktur sudah disediakan di sana.

// Chegu amat bersetuju dengan artikel ini. Kebanyakan masyarakat asli bukan sahaja ketinggalan dari segi pelajaran malah dari segi ‘mindset’ atau pemikiran mereka. Sepanjang pengalaman chegu mengajar di Lenjang selama setahun, rata2 masyakat di sini masih lagi mengamalkan amalan tradisi spt memungut hasil hutan, menangkap ikan, menanam padi bukit dan berburu. Amalan tradisi ini adalah nadi kehidupan mereka seharian. Pun begitu, apa yg chegu nampak, kebanyakan ibubapa masyarakat asli kurang memberi sokongan atau galakan kepada anak2 mereka untuk belajar. Mereka lebih mementingkan aktiviti harian daripada pendidikan anak2. Seblknya, tugas tersebutlah digalas oleh guru2 untk memastikan anak2 mereka mendpt pelajaran yang sempurna sepertimana di luar. Semoga akan ada perubahan dalam kehidupan masyarakat ini suatu hari nanti.InsyaAllah.