1Malaysia-Indahnya Bandarayaku…

Salamm semua…
Gambar perkahwinan cikgu Naim dah siap diedit! Chegu kan pengapit yang terhebat di abad ini. Tengok jgn tak tengok.
Chegu tiba di Batu Pahat dengan menaiki jet peribadi, Cepat Ekspress yang sungguh pantas sekali. 6jam dok dalam tu. Dari pukul 9.30 sampai kul 3.30. Wow. Memang pantas! Tak sangka betul. Sampai di sane, cikgu Naim dah tunggu dengan roket peribadi beliau, Vios G, terus dibawa ke Hotel bertaraf ‘5′ bintang iaitu Hotel Bunga Raya. Puas gak cari bunga raya kat situ, tak jumpa 1 haram pun. Lepak2 jap dan kitorang berjalan2 meghirup udara segar di Dataran Batu Pahat dan tempat bersejarah iaitu Minyak Beku.

Pada keesokannya, 6hb, upacara akad nikah dijalankan di rumah pengantin perempuan. Mujur smpai awal. Jadi tak sia2 tunggu tok kadi sebab cikgu Naim berjaya diakad nikah dgn sekali lafaz je.
Ape yg menariknya di sini, sblm pengantin bersanding, ade 3 tol yg chegu perlu lepasi. Tol pertama di pintu grbang, tol kedua di tangga rumah, dan ketiga di pelamin. Mujur tol pertama lepas bodo je sbab ayat2 power uncle Halim. Ha ha.
Oleh kerana kamera kehabisan bateri, chegu cerita je la. Sebelah petang, ade sesi fotografi outdoor di sawah bendang dan di kuala sungai. Sebelah malam, sesi foto di studio. Kehel leq. Kat kul 1 pg sampai hotel sebab chegu pun ikut sama.

Pada keesokannya, upacara menyambut menantu diisi dengan slot zapin, silat, kompang dan karaoke. Apa yg menarik, ketua silat diketuai oleh adik angkat Naim, Aan. Kump.kompang pulak menyanyikan lagu dangdut sahara dan nyanyian karaoke oleh Naim dan adiknya, Nurul. Pengantin pompuan malu nak nyanyi.

Sebelah petang, sesi fotografi outdoor berkonsepkan ‘urban’ dibuat di BP Mall iaitu di bangunan lama dkt parking lot, depan pintu masuk, dan di hentian bas depan BP Mall. Ramai la mat2 indon dan bangla yang melopong tengok Naim dan Baizura berposing depan kamera. Dah la siap berpakaian melayu tu, pengapit pun same gak, tak tukar baju. Haru haru.
Chegu balik pada keesokan harinya, 8hb. Jadi sebelah malam, sempat la, tgk pengantin bukak hadiah . Mcm2 adiah ade, tapi yg kelakarnya ade lesung batu dn alat timbang berat tuh. Haha. Ape2 pun, biarpun ni pengalaman pertama sbg pengapit, chegu dah dpt rasa kemeriahan jd raja sehari. Rase cam nak kawin terus je… Chegu doakan semoga cikgu Naim dan Baizura sentiasa mengekalkan keharmonian rumahtangga. Semoga berkekalan ke anak cucu…Amin…

Baca lagi…















