iLovePalestine.com

Lawatan, FotoAugust 1, 2009 2:40 pm
Salam…
 
Sekarang dipersembahkan…program 1Malaysia lawatan ke KL dan Putrajaya…oleh guru2 dan murid2 SK Lenjang…pada 20-23 Julai 2009 yang lepas. 
 
 
 
 
Baca lagi…


LawatanJune 28, 2009 4:30 pm
Salam…
Berikut adalah sorotan gambar jalan2 ke Cameron baru2 ni pada Sabtu 20 Jun lepas. Disertai oleh 5 orang guru lelaki dan 5 orang guru perempuan dengan menaiki 2 buah Myvi.
Perjalanan bermula pada pukul 8 pagi dari Tanjung Jambu. Singgah di Koyan untuk breakfast dulu.
Dalam pukul 9, perjalanan diteruskan dari Betau ke Cameron.
Perjalanan agak mencabar ketika melalui jalan tanah merah yang belum berturap.
Pada pukul 11, tiba di stesen Petronas Ringlet dan dari situ terus ke Taman Teh Boh Cameron.
Ketika di Taman Teh Boh Cameron. Masing2 bergambar sakan temasuklah chegu.
Melawat Strawberries & Jam, untuk merasai sendiri pengalaman memetik buah strawberi. Nyum! Nyum!
Singgah sebentar di Foodcourt untuk mengisi perut yang dah lapar sebelum berangkat pulang. Tiba di Koyan dalam pukul 7 lebih.

Lawatan, Foto, DiariMay 22, 2009 11:00 pm
Salam,
 
Dah lama nak letak post ni, tapi sebab busy memanjang lambat jadinye. Sorotan gambar2 dah siap diedit. Tengoklah sendiri, aksi ronda KL  pada 15-17 Mei oleh chegu, cikgu Naim, cikgu N dengan anak murid kesayangan, Sunil dan Azroy tahun 2. Tak lupa juga, terima kasih cikgu Zai dan Khirul kerana sudi join kitorang.
 
 Beli baju pai untuk dorang di Tunas Manja Raub. Setiap sorang dapat 3 baju, 1 seluar & 1 sandal baru. Lunch pun di KFC Raub.
 
 Sampai di KL, check-in di Hotel Sg.Besi kat area Sri Kembangan. Murah, rm50 semalam. Cikgu Naim sibuk mengajar dorang cara nak guna toilet. Dinner di area sekitar situ je, mamak’s restaurant. Dorang makan nasi goreng ayam. Habis licin.
Baca lagi…


Lawatan, Diari 10:40 pm
Salam Semua…
 
Ini dia sorotan gambar2 aksi-maksi cikgu2 Lenjang ketika berada di Medang Inn pada 9 hingga 10 Mei 2009 yang lepas. Tajuk untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ni ialah Team Building yang dibuat di Medang Inn. Seronoknya memang tak terkata dan tertaip oleh chegu… Tengoklah sendiri kat bawah ni.
 
 
 Hahaha… Seronok giler. Dok di Medang Inn. Pasang khemah. Main polo air. Berendam dalam air. Senam robik. Explorace. Makan barbeque… Penat tapi best. Boor gaib leq. Kumpulan chegu dapat nombor 2!! Ok lah tuh!
 
Pada hari pertama sampai di Kuala Medang, kami sempat membuat lawatan santai ke SK Lanai. Sebenarnya takde ape nak buat dan  jarak dari Medang Inn ke Lanai dah tak jauh mane, lebih kurang 10km lebih je kalu tak silap.
 
 
 
 Rupa2nya ramai jugak murid2 Lanai yang Islam, hampir 60% Islam. Sebab tu ade surau dalam sekolah. Murid2nya pembersih dan dengar kata. Alhamdulillah. Asramanya bersih dan cantik. Padang sekolah pun cantik dan luas. Time makan diorang ni siap baca doa makan sama2. Bagusnya. Sebelum hari mula gelap, kami bergerak pulang ke Medang Inn. Dalam kepala asyik terpikir je, bile la Lenjang nak jadi macam Lanai. Hmm…InsyaAllah suatu hari nanti…
 
 

Lawatan, Foto, DiariFebruary 1, 2009 11:00 am
Pada Jumaat lepas, 30 Jan 2009, sekolah chegu telah mengadakan Jamuan Perpisahan utk guru2 x-lenjang iaitu Hafiz, Nawi, Shahril dan juga En.Bahar. Namun, Nawi tak dapat hadir atas sebab2 tertentu. Hmm. Ape2 pun jamuan tersebut tetap happening! Tetap kecoh dgn kehadiran mereka. Haha! Spt biasa sorotan gambar2 akan chegu paste di sini setelah siap di edit nanti. & gambar2 di Zoo Negara pada 31 hb! Macam bdk2 sekolah plak bila pergi zoo nih. Biasalah dulu tak pernah pergi.
Happening kan?? Jamuan bermula pada pukul 8 lebih dan berakhir lebih kurang pkul 11 lebih di Resident Inn, Lipis. Menu pada hari tu ialah ikan siakap masak stim, tomyam, kailan ikan masin dan ayam halia… Kenyang tak hingat.
Ini plak, kira lawatan sambil belajar cikgu2 & xcikgu2 Lenjang di Zoo Negara pada keesokannya! Thanx to cikgu Widda & Sharil yg sudi join skali. Seronok gak dapat tgk binatang2 kat zoo ni. Mcm2 rupa & gaya ade. Kalu nk tulis jenis2 binatang kat sini rasenya tak larat kot sebab banyak sangat & nama pelik2.(byk tak ingat sebenornye)
Dan ini plak, lawatan sambil belajar ke Putrajaya… Jalan2 cari makan je sambil cuci2 mata. Tgk permandangan bkn tgk benda2 yg bkn2. Makan malam di rumah cikgu Naim, jalan2 di Uptown Danau Kota sambil menapau di Kedai Nasi Lemak Antarabangsa. & Last sekali, sesi bergambar sakan di sekitar Putrajaya…Ini aje gambar yg kira ble dimuatkan di sini. Yang lain2 ade lagi tp mls nk letak sbb byk sgt… Kira ok la tu kan.
 

Lawatan, Foto, DiariJanuary 16, 2009 4:22 am
Minggu ni (minggu ke2), chegu dan kawan2 bercadang tak mau keluar Lenjang. Chegu tak tau la kenapa diorang tak mau balik, tapi yang pasti chegu mmg tak nak kuar sebab mggu depan pun dah masuk cuti seminggu kan, cuti Tahun Baru Cina. Jadi kitorang dah plan nk pergi merentas desa eh pergi berjalan2 ke tempat istimewa di Lenjang iaitu puncak Bukit Batu Puteh… Dengar cerita dkat situ adalah kawasan paling cantik dan seswai untuk istirehat, picnic dan mandi-manda. Tapi yang pastinya, perjalanan ke sana agak lama dan mengambil masa lebih kurang 7 jam 8 jam lebih pergi balik. Hmm, takperlah ( penattt tapi berbaloi!!). Lagi pun, chegu mmg dah lama teringin nak pergi ke sana. Ape2 pun, sorotan gambar2 sudah pun siap di edit. Sori kerana lambat update… gambo byk sgat.
 
Perjalanan pertama…bermula pada 9.40 pagi. Seramai 10 orang guru dn 2 ppm yg sertai program sulung ni. (Ramai sebab ramai yg tak balik). 2 orang jurupandu khas yang arif ttg selok belok hutan dilantik mjd pengiring kami iaitu Bah Karim & Nordin.
 
 Ya, seterusnya berjalan menuruni bukit, laluan denai tepian sungai dan hutan kecil. Karim menerangkan tentang kebaikan kulit pokok langsat sebagai ubat gigitan ular. (kalau x silap la)
 Di tepian sungai pertama, kami bergambar di kawasan perangkap ikan yang dibuat daripada buluh dan seterusnya berjalan menyusuri jambatan buluh. Gayat takde tp berdebar skit ade la. Takut tiba2 runtuh je. Tapi alhamdulillah, jambatan tu kukuh sbb badan yg sebesar cikgu Yo pun boleh lalu. Hehe, jgn mara ye..
 
Time ni, berjalan lagi menyusuri denai kecil, bukit kecil, pokok2 buluh serta padi bukit. Pada ketika ni, padi masih belum berbuah lagi. Indahnya permandangan…hijau je.
 
 Setelah melalui hutan2 kecil, Karim menunjukkan pokok lada tinggalan beliau. Banyak jugak lada yg chegu, cikgu Saidi kutip. Perjalanan setersnya, kami terjumpa pokok limau. Dapat la makan beberapa ulas, basahkan tekak je. Masam leq. Cikgu Pahimi menunjukkan aksi melastik buah limau. Er tp tak berjaya pun. Hehe. Dalam perjalanan, kami berhenti di rumah tinggalan orng asli dahulu. Kat situ ada pokok labu, terung, lada.

 
Naik bukit… hui penatnya, Tuhan je tau. Dlm perjalanan ni, Karim dapat setangkai buah ara. Rasanya masam2 manis… rasa mcm buah asam jawa muda pun ada. Dapatla semua merasa. Next, Karim tunjukkan pokok getah tuba yg dipanggil pokok ‘cruk’. Pokoknya berduri seperti kaktus tanpa daun. Ubi pada akarnya mempunyai getah yang beracun. Pokok berbatang besar yg ditoreh batangnya pula mempunyai ubat utk penyakit batuk. Kami juga terjumpa anak pokok rafflesia, bunga pakma. Kecik lagi.
 
 
Dalam kul 1.15, chegu dan kawan2 berjaya menawan Batu Puteh pertama! Seronok tak hingat. Permandangan di puncak bukit mmg tak dapat digambar dan ditulis oleh chegu di sini. Cantik sangatttt. Tu yg tersengih nampk gigi tu.
 
Spt biasa la kan, bila dah penat, kita mesti berehat.So, it’s makan time! Dah puas bergambar, sesi makan la plak. Walaupun tempat agak sempit, tp mmg ckup utk kami semua berada kat situ. Maggi + lada hutan=pedas x ingat + kenyang.
 
 Dalam kul 2.20, kami mula bergerak menuju Batu Puteh kedua. Dalam perjalanan, kami terjumpa pokok Raja Ali! Tinggi. Kami cuma bwk blk yg kecil je. 3.05 ptg, rombongan kami berjaya sampai ke puncak Batu Puteh ke2! Cantiknya permandangan…terasa aman damai sekali. Memang berbaloi la penat jalan daki bukit. Dah puas bergambar dalam 10-15 minit, rombongan kami bergerak pulang. Dalam pkul 7.15 kami sampai di sekolah… Jadi kalau dikira2, bukannya 8 jam tapi dekat 9 jam lebih!! Tapi tu pun, setlah dicampur ngn rehat berapa kali dn peristiwa disengat tebuan!! Haha. Ape2 pun, pengalaman ke Batu Puteh pada 17 Januari lepas takkan chegu lupakan sampai bila2. Maybe, next time, kitorang bercadang mahu pergi ke bukit kanopi plak! InsyaAllah.