iLovePalestine.com

SekolahNovember 19, 2009 1:15 pm
Salam…
 
Semalam, 18 Nov 2009, sekolah chegu telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang untuk murid2 yang menunjukkan pencapaian terbaik bagi tahun 2009.
 
Antara anugerah yang disampaikan ialah hadiah terbaik matapelajaran, kedudukan dalam kelas, hadiah peningkatan prestasi, kehadiran penuh, KIA 2M, pemulihan dan kebersihan. Hadiah-hadiah lain ialah hadiah murid harapan, murid terbaik kokurikulum dan juga tokoh murid.
 
Berikut adalah koleksi foto pilihan chegu yang diambil secara candid… Kelakar jugak bila ditengok.
 
 
 
 
 
 
Untuk koleksi gambar2 lain, sila klik blog sekolah chegu di sini.
 

SekolahNovember 13, 2009 9:36 am
Salam…
 
Pada hujung bulan Oktober lepas, SK Lenjang telah mengadakan dua acara rasmi sekolah iaitu perkhemahan unit beruniform dan juga hari sukan sekolah. Sepertimana pada tahun lepas, kedua-dua acara ini memang disambut dengan meriah oleh semua warga Lenjang.
 
 
Perkhemahan unit beruniform SK Lenjang 2009
 
 
 Hari sukan sekolah yang diadakan pada 29hb Oktober 2009.
 
Untuk maklumat lengkap, sila lawati blog sekolah di sini.
 
 

Sekolah, DiariOctober 21, 2009 11:29 pm
Salam…
 
Lama dah tak update blog. Macam dah bersawang plak rasenye blog chegu ni. Untuk cerita yang terbaru, pada petang tadi, sekolah chegu ade buat gotong-royong membersihkan tapak perkhemahan untuk perkhemahan badan beruniform sekolah iaitu Pengakap dan KRS.
 
 Disertai oleh guru-guru lelaki dan juga staf sekolah, masing-masing tolong-menolong menebas lalang, memotong buluh dan juga membakar lalang dan sampah-sarap. Bila dah siap gotong-royong, tapak perkhemahan tu jadi lapang dan bersih.
 
 
 
Lupa nak cakap, tapak perkhemahan pada tahun ni dibuat di Simpang Titom. Tempat tu memang strategik kerana kawasannya lapang dan permandangan sekitarnya amat cantik. Tambahan pula, ia diapit oleh dua anak sungai di kiri dan kanan kawasan serta menjadi laluan utama ke Titom.
 
Sebagai guru penasihat pengakap, chegu benar2 berharap agar perkhemahan pada kali ni akan bertambah menarik dan lebih berjaya berbanding tahun lepas…InsyaAllah… 
 
p/s: Kalau nak tengok gambar cikgu-cikgu Lenjang lain, sila klik sini.
 

Sekolah, DiariOctober 4, 2009 10:34 pm
Salam Aidilfitri,
 
Pada 30 hb lepas, seluruh warga SK Lenjang bergumbira meraikan jamuan Aidilfitri beramai-ramai dengan sambutan yang cukup meriah.
 
Jamuan yang disambut pada sebelah petangnya bermula dengan persiapan rapi pada sebelah paginya oleh guru-guru dan staf SK Lenjang. 
 
Mana taknya, setiap guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menyiapkan tugasan seperti memotong daging, memarut kelapa, membakar lemang, memasak rendang dan sebagainya.
 
 
 
Kumpulan chegu yang terdiri daripada cikgu N, Shima, Zie, Deqni dan Naim ditugaskan untuk menyediakan rendang. Oleh kerana kumpulan chegu ramai cikgi2, jadi mudahlah kerja2 menyediakannya. Tak cukup dengan rendang biasa, chegu dan cikgu Naim memasak rendang Opor dan rendang Tok pulak. Saje je bagi kelainan skit.
 
 Jamuan kali ni memang meriah dan happening. Tapi ape yang penting, kerjasama antara setiap warga SK Lenjang jelas terpancar setiap kali menjalankan program atau aktiviti berkaitan sekolah. Semoga ia berterusan hendaknya…
 

Sekolah, BeritaAugust 7, 2009 1:27 am
Salam,..
 
Lama tak update blog…rupa-rupanya ade berita yang chegu lupa nak sampaikan…Cikgi-cikgi praktikum dah selamat menamatkan sesi praktikum di SK Lenjang pada minggu lepas…Mereka akan menghabiskan 12 minggu lagi di SK Tempoyang, Lipis sebelum layak bergelar guru.  Ape2 pun, chegu ucapkan selamat maju jaya buat mereka berdua! Buat yang terbaik, ok!
 
Dan pada minggu ini juga, 2 orang cikgu pai (bukan cikgi dah), masuk berpraktikum menggantikan tempat cikgu Yana dan cikgu Zaza. Mereka ialah cikgu Salehi dan cikgu Zulfauzee. Mereka berdua pun daripada maktab yang sama dalam Major Matematik macam chegu jugak. Selamat berpraktikum di SK Lenjang! emoticon

SekolahJuly 15, 2009 2:00 am
Salam…
Haa nilah Taman Mini Herba SK Lenjang.
Pagi tadi, chegu saje2 ambik gambar taman herba sekolah. Dekat belakang pejabat je. Chegu tengok banyak bunga misai kucing yang berwarna putih kembang mekar ..Kalau nk tau, nilah pokok misai kucing. Nama saintifiknya, Orthosiphon aristatus /stamineus benth. Tergeliat lidah nk menyebutnya. Hehe.  
Apa guna pokok herba ni? Kegunaannya ialah untuk melawaskan kencing, mengelakkan batu karang dan juga merawat penyakit kencing manis. Skang ni cam dah jadi trend plak, ramai orang yg jadikannya sebagai pokok hiasan rumah. Dan ni pulak sedara misai kucing, pokok pecah beling. Nama saintifik, Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae). Kegunaan, merawat kanser, kencing manis serta batu karang.
Selain tu, chegu rasa macam taman ni dah jadi macam taman rama2 plak. Sebab, banyak rama2 spesies Monarch berterbangan sana-sini menghisap madu bunga misai kucing. Nama saintifiknya, kalau korang nak tau, danaus plexippus. Haa..tulah gunanya internet. Search aje. Rasa mcm dah jadi pakar botani la plak. Sebenarnya, banyak lagi pokok herba yang boleh diperolehi di hutan Lenjang spt Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Ubi Jaga, Pasak Bumi…Tapi buat masa ni, hanya pokok misai kucing dan pecah beling yang ditanam di taman mini ni. Semuanya ditanam oleh bekas guru sekolah, tak lain tak bukan, cikgu Jazemi.
p/s: Kalau korang nk sumbangkan tanaman herba ke sekolah chegu pun ble jgk.

Sekolah, Foto, DiariMay 23, 2009 2:44 pm
Salam,
 
Pada 21 Mei yang lepas, SK Lenjang telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan penuh warna-warni semangat berpasukan! Kalu tak caya, tengoklah sorotan gambar2 di bawah.
 
 
 
Ni sikit je. Sebenarnya gambo byk sgt. Chegu ambik mane yang ade gambo chegu je. Hehe…
Bermula dari 19 Mei hinggalah ke hari rasminya 21hb, pelbagai acara telah diatur untuk seluruh warga SK Lenjang dan penduduk Lenjang umumnya. Acara sukan dimulakan dengan perlawanan ping-pong beregu, bola jaring campuran, bola tampar, dan jugak bola sepak selut. Haha.
 
Oleh kerana bilangan guru pun tak berapa nak ramai, pemain import terpaksa diambil daripada staf-staf pilihan daripada kerani hinggalah ke tukang kebun sekolah. Penduduk sekitar pun turut terlibat sama menjayakan kebanyakan perlawanan sukan ni. Cayalah. Sukaneka untuk murid tahap 1 juga turut dijalankan. Wah, bukan main seronok lagi diorang ni…
 
Dan pada hari Khamisnya, semua guru lelaki berpakaian Melayu lengkap bersamping dan guru perempuan dengan pakaian baju kebarung. Macam suasana hari raya la plak…Meriah! MC pada hari bersejarah tersebut adlah Cikgu Khairul Asmadi yang siap mendeklamasikan sajak buatan sendiri dengan gaya bacaan A.Samad Said. Chewah! Handal-leq!
 
Acara yang paling ditunggu2 oleh semua adalah acara pemberian hadiah! Wah, semua dapat hadiah. Chegu cuma dapat hadiah Johan Bola Tampar aje…Lain2 sume kalah. Takpalah, takde rezeki. Tapi untuk pertukaran hadiah antara guru2, chegu dapat hadiah daripada Cikgu N! Hm, dah ble agak hadiah ape sebab beli sama2! Lawaknye! Hadiah chegu dapat ke Cikgu Naim. Beli sama2 gak. Tak sangka betul.
 
 
 
Sambutan Hari Guru SK Lenjang dimeriahkan lagi dengan acara pertandingan karaoke antara guru dan murid pada sebelah malamnya. Wah, bukan main lagi masing2 berkaraoke. Penuh style dan aksi! Meriah sekali! Cikgu Jemi dengan Wak Peng. Chegu dengan Bah Kocok. Cikgu Shima dengan Wira. Cikgu Saiidi dengan Rame. Cikgu Zapari dengan Badosi. Cikgu N dengan Wira lagi. Cikgu Zamri dengan Anisar. Nasib baik cikgu Naim tak masuk, kesian, suara dah takde… Juara? Sudah tentulah chegu dengan bah kocok!!! Menang dengan lagu Ketahuan daripada Matta. Jangan jeles semua… Handal-leq!!!

Older Posts »»