iLovePalestine.com

SemaiApril 12, 2009 9:59 pm
Salam…
 
Baru2 ni, ade pelajar UPSI meminta ckgu menterjermahkan 10 ayat bahasa Melayu kepada bahasa Semai. Untuk tidak menghampakan pelajar tersebut, chegu letakkan terjemahannya di ruangan ni. Sebelum tu, chegu nk ucapkan ribuan terima kasih pada cikgu Naim dan 2 orang anak murid SK Lenjang iaitu Badosi dan Norisal yang tolong chegu terjemahkan ayat2 tersebut. Jom kita belajar sama2.
 
1) Selamat pagi.. awak sihat?
   Selamat pagi.. hek boor?

2) Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
   Kalu mung anuk buleh eng og?

3) Awak pernah buat sesi kaunseling?
Heg pernah hik-uoi kaunseling?

4) Dah makan?
La hek cak sudah?

5) Awak nampak macam ada masalah jer..
Hek mong masaalah hek?

6) Macam mana dengan kehidupan..okey?

Awak baik hari ni?
Arik lok hek ari deh?

7) Okey… teruskan..saya mendengar.
Okey,…berhneid.. eng gertik.

8) Nampaknya awak sedih dengan kejadian tersebut

Saya nampak macam awak sedih
Eng neng hek rah hek jab

9) Saya akan cuba untuk bantu awak..
Eng an try tuluk hek

10) Awak jangan risau… kita akan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.
Hek ga’ risau…hek ing chip hingkek inong bersamak-samak.
 

Haa 10 ayat berjaya diterjemah oleh 2 orang anak murid chegu dengan bantuan cikgu Naim… Untuk makluman, bahasa Semai Pahang mungkin berbeza sedikit daripada bahasa Semai Perak. Dan ada beberapa ayat asal chegu terpaksa ubah kerana dorang ni tak paham. Harap Yanie puas hati yek…emoticon

SemaiMarch 14, 2009 12:29 pm
Assalamualaikum…
Masih ingat lagi pelajaran kita yang lepas? Kita dah tau ape itu sagat dan beberapa kata ganti diri. Rasanya, last skali chegu ajar kata ganti diri sejak Jan lepas kan. So, kali ini kita belajar tentang anggota badan dalam bahasa Semai. Mane tau tahun akan datang korang kena posting di sekolah2 asli semai kan. 
Oleh kerana anggota badan kita banyak, jadi kita belajar dulu anggota macam :

rambut = sog

kepala = kui

mata = mat

hidung = moh

mulut = nyinyui

telinga = entag

tangan = teg

perut = et

pinggang = hop

kaki = jug

Ok lah , itu aje untuk kali ni. Lain kali kita sambung lagi bahagian badan yang lain. Ok. Bye. Selamat bercuti buat semua warga sekolah di Malaysia…


SemaiJanuary 2, 2009 12:59 pm

Kata ganti diri

Sebagai post pertama untuk tahun 2009, chegu perkenalkan beberapa perkataan Semai untuk kata ganti diri bagi saya, kamu, dia, kita, mereka.

Foto murid Tahun 1 kesayangan 2008 

Eng - saya (sebutan: e-epal)

Hek - kamu

Iloi - dia

Hig - kita

Mai, Enai - mereka

Kami - jig

Baii - kawan-kawan semua (melalui pemerhatian chegu)

Kepada guru2 pedalaman yang pernah mempelajari Semai, pasti lebih arif akan kata ganti diri ni. Jika chegu silap, tlog perbetulkan ye… Jika ada guru2 yang tau bhasa Temiar, Jakun atau yg lain, boleh berkongsi ilmu di sini. Tak salah jika kita berkongsi ilmu kan. Baiklah, itu saja untuk kali ini. Tunggu perkataan Semai seterusnya untuk post akan datang. Antara perkataan yang popular di Lenjang pada tahun lepas ialah ‘Eng kalog cekgu.’ maksudnya ’saya tak pandai cikgu.’ Memang ckup kelakar jgak bila didengar berulang2. Mungkin ini sudah menjadi budaya bagi mereka sekiranya tak tahu suatu perkara. Tapi, bila ada yg faham, terus mereka akan sebut, ‘Eng paniy cekgu.’ maknanya  ’saya tau cikgu.’ Paniy pun.


SemaiDecember 23, 2008 6:33 pm

Berdasarkan artikel akhbar Berita Harian 22hb Disember 2008:

"Katanya, laporan pengkaji terdahulu, Hassan Mat Nor menyatakan, mereka malas, namun perkataan malas diterjemah dalam bahasa suku Semai sebagai ‘Segat’ bukan bermaksud malas saja tetapi segan atau mengelak untuk sesuatu perkara atau tidak mahu memanjangkan cerita."

Segat atau sagat - malu, segan, malas, mengelakkan diri daripada berbuat sesuatu, dipendekkan cerita

//Bahasa Semai untuk pelajaran pertama kita ialah… Oh ya, lupa nak bagitau. Suku kaum asli di daerah Lipis kebanyakannya dari kaum Semai. Oleh kerana chegu berpeluang mengajar di sini, jadi chegu cuba memasukkan seberapa banyak perkataan Semai yang chegu pelajari ke dalam blog ni. Sengaja chegu mulakan dengan perkataan ni kerana artikel sebelumnya terdapat perkataan ni dan chegu juga pernah menggunakannya. Tetapi bunyinya di sini lebih kepada ’sagat’ dan maksudnya pun yang chegu tahu, malu saja. Mungkin masuk sekolah nanti, chegu akan cuba bertanya maksud perkataan sagat selain malu. Kebiasaannya, bila chegu tegur murid2 dalam kelas atau di luar kelas, mereka menyebut perkataan ni. Contohnya, bila cikgu cakap, "Wah, cantik pakaian kamu hari ni, Masni". Jawab murid yg lain, "Dia sagat cikgu" sambil si Masni menundukkan kepala tersipu2. Di sini, ia bermaksud malu-malu kucing… Perkataan ni jarang didengar kerana penggunaannya yang tidak meluas.