iLovePalestine.com

Teman, Foto, DiariJune 9, 2009 6:18 pm

Salamm semua…

Gambar perkahwinan cikgu Naim dah siap diedit! Chegu kan pengapit yang terhebat di abad ini. Tengok jgn tak tengok.

 

Chegu tiba di Batu Pahat dengan menaiki jet peribadi, Cepat Ekspress yang sungguh pantas sekali. 6jam dok dalam tu. Dari pukul 9.30 sampai kul 3.30. Wow. Memang pantas! Tak sangka betul. Sampai di sane, cikgu Naim dah tunggu dengan roket peribadi beliau, Vios G, terus dibawa ke Hotel bertaraf ‘5′ bintang iaitu Hotel Bunga Raya. Puas gak cari bunga raya kat situ, tak jumpa 1 haram pun. Lepak2 jap dan kitorang berjalan2 meghirup udara segar di Dataran Batu Pahat dan tempat bersejarah iaitu Minyak Beku.

Pada keesokannya, 6hb, upacara akad nikah dijalankan di rumah pengantin perempuan. Mujur smpai awal. Jadi tak sia2 tunggu tok kadi sebab cikgu Naim berjaya diakad nikah dgn sekali lafaz je.

Ape yg menariknya di sini, sblm pengantin bersanding, ade 3 tol yg chegu perlu lepasi. Tol pertama di pintu grbang, tol kedua di tangga rumah, dan ketiga di pelamin. Mujur tol pertama lepas bodo je sbab ayat2 power uncle Halim. Ha ha.

Oleh kerana kamera kehabisan bateri, chegu cerita je la. Sebelah petang, ade sesi fotografi outdoor di sawah bendang dan di kuala sungai. Sebelah malam, sesi foto di studio. Kehel leq. Kat kul 1 pg sampai hotel sebab chegu pun ikut sama.

Pada keesokannya, upacara menyambut menantu diisi dengan slot zapin, silat, kompang dan karaoke. Apa yg menarik, ketua silat diketuai oleh adik angkat Naim, Aan. Kump.kompang pulak menyanyikan lagu dangdut sahara dan nyanyian karaoke oleh Naim dan adiknya, Nurul. Pengantin pompuan malu nak nyanyi.

Sebelah petang, sesi fotografi outdoor berkonsepkan ‘urban’ dibuat di BP Mall iaitu di bangunan lama dkt parking lot, depan pintu masuk, dan di hentian bas depan BP Mall. Ramai la mat2 indon dan bangla yang melopong tengok Naim dan Baizura berposing depan kamera. Dah la siap berpakaian melayu tu, pengapit pun same gak, tak tukar baju. Haru haru.

Chegu balik pada keesokan harinya, 8hb. Jadi sebelah malam, sempat la, tgk pengantin bukak hadiah . Mcm2 adiah ade, tapi yg kelakarnya ade lesung batu dn alat timbang berat tuh. Haha. Ape2 pun, biarpun ni pengalaman pertama sbg pengapit, chegu dah dpt rasa kemeriahan jd raja sehari. Rase cam nak kawin terus je… Chegu doakan semoga cikgu Naim dan Baizura sentiasa mengekalkan keharmonian rumahtangga. Semoga  berkekalan ke anak cucu…Amin…


TemanMarch 28, 2009 4:31 pm
Assalamualaikum…
Pada hari Jumaat petang semalam, chegu dan cikgu2 Lenjang pergi melawat sahabat kami iaitu cikgu Saiidi di Hospital Lipis, Pahang. Yelahkan, alang2 dah kuar nk blk ke kg masing2, kitorang dan pasang plan untuk melawat beliau di sana. Dia ditahan di wad kerana mengalami sakit di uluran perut. Sebenarnya, pada malam sebelumnya, dia dah mengadu sakit yg teramat sangat. Jadi, dengan pertolongan daripada kntraktor yang tinggal berhampiran sekolah, dia dibawa keluar pada malam itu juga ke hospital berdekatan.
Alhamdulillah, tgk pada senyuman dia ni, mcm dah sihat walafiat dah. Tapi sebenarnya, dia tgh tahan sakit tu. Doktor dah beri ubat utk tgk perkembangan seterusnya. Jika sakit masih ada, mgkin dia akan dibawa ke Hospital Temerloh untuk dibedah. Sabarlah cikgu Saiidi. Kitorang berdoa agar penyakit beransur baik…
//Teringat masa dok hospital dulu..huhu. Taknak dah dok hospital.

Teman, LaguFebruary 22, 2009 4:30 pm

Lagu: Sahabat oleh Aizat AF5
Lirik: Aizat AF5

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

 
 
 
//Tiba2 teringat kat kawan2 plak… kawan2 kat sekolah Lenjang cam Naim, Hairy, Pahimi, Saidi, Yo, Azmi,Zamri, Shamsul, Zapari dan yang lain2. Kebetulan semalam 2 orang kawan chegu masa di sekolah rendah datang melawat kat umah. Thnx Jasrul and Saini. Korang mmg tak pernah lupa kawan. Kawan chegu di sekolah, Sir Naim slalu call bertanya khabar. Trima kasih. Dan kawan yang selalu teman chegu kat rumah ialah Bulat…Si kucing yang selalu tido 24 jam. Lagu ni mmg khas utk insan bergelar sahabat.

Teman, DiariJanuary 27, 2009 10:29 pm
2 hari yg lepas, chegu pergi melawat kawan2 di Rompin. Biasalah, time cuti la masa yg seswai berjumpa dan berjalan2kan. Bila sampai di sana, hmm ade perubahan sikit la cikgu nampak. Ada jejantas, bangunan kedai baru yg belum dibuka, ada KFC, lagi chalet murah kot di Sg. Puteri. Windu weh. Lama dah tinggal bandar Rompin. Last duduk sana, Jun 2006 kalu tak silap. Masa tu chegu bekerja sebagai pensyarah MLVK di pusat latihan terkenal di sana. Sambil2 tu, sempat la pergi jalan2 cari makan di pantai Rompin.
 
Seperti biasalah, chegu order nasi goreng ayam kunyit plus ABC Special lagi. Hmm sedapnye! Sambil2 makan, kitorang menikmati panorama indah pantai Rompin dgn angin pantai yang dingin skali. Memang best la mkn kat situ. Thanx to Kecyx and Bulat sbb sudi teman chegu kat sana. Dulu diorang panggil chegu Encik Izat.Sampai skang still panggil gelaran tu. Nasib baik dulu tak panggil Datuk Izat ke, Mr. Izat ke. Hehe.