iLovePalestine.com

UcapanNovember 27, 2009 1:05 am
Salam semua…
 
Sempena hari yang mulia ni, chegu mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha buat semua muslimin dan muslimat. Bersama-samalah kita menghayati makna sebenar pengorbanan sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
 
 

UcapanNovember 24, 2009 4:57 pm
Salam…
 
Sempena cuti sekolah yang telah pun bermula pada Sabtu 21 November lepas, chegu ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah tak kiralah guru besar atau guru kecik, staf-sfaf sekolah, tukang kebun, jaga sekolah dan paling istimewa, tentulah kepada anak-anak murid chegu yang tersayang.
 
 Dengan ucapan, selamat bercuti panjang… Jangan terlalu ikutkan perasaan bermain, melompat sini-sana, masuk hutan, panjat pokok, mandi sungai atau yang sewaktu dengannya hingga lupa balik rumah, makan dan minum. Main-main jugak, ilmu yang cikgu2 berikan jangan dilupakan yek. Sehingga berjumpa pada tahun depan, insya-Allah.
 
Kepada murid2 tahun 6, jangan terlalu gembira kerana dah habis UPSR, kamu masih mempunyai dua peperiksaan besar iaitu PMR dan SPM di sekolah menengah nanti. Jadi chegu harap kamu semua masuk ke sekolah menengah dan perbaiki segala kelemahan semasa di sekolah rendah.
 
Chegu akhiri ucapan dengan satu gambar stereogram yang mempunyai mesej di dalamnya. Kalau terror, cubalah julingkan biji mata dan tenung gambar ni dekat2… Hantarkan jawapn di ruangan chat di sebelah yek. Gambar ni dihasilkan secara online di www.easystereogrambuilder.com.
 
Sila klik untuk besarkan. 
 

UcapanSeptember 20, 2009 1:58 pm
Salam…
 
Sempena 1 Syawal 1430H ini,
chegu mengucapkan
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
maaf zahir dan batin…
 

 
Dalam kita sibuk bergembira,
jangan lupa pada yang tiada…
jangan lupa sanak saudara,
teman juga rakan taulan,
jiran-jiran tetangga,
samada jauh atau dekat,
 
serta
 
TUHAN YANG MAHA ESA
  
TUHAN PENCIPTA SEKALIAN ALAM…
 


Ucapan, DiariSeptember 16, 2009 11:44 am
Salam…
 
Hari ni telah masuk hari ke 26 kita melaksanakan ibadah berpuasa. Jika dicongak, tinggal 4 atau 5 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hm, chegu rasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik dah sampai ke penghujung Ramadhan. Rasa tak sabar nak balik pun ade jugak.
 
Hari ni merupakan hari terakhir chegu menilai prestasi PNP guru praktikum, cikgu Salehi, bersama-sama dengan pensyarah IPTAA, En. Khazali. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar dan cikgu praktikum pun dah boleh tersenyum lebar kerana mereka kini sudah lepas satu ujian. Ujian seterusnya buat mereka ialah peperiksaan akhir pada bulan berikutnya. Selamat maju jaya chegu ucapkan kepada mereka berdua. Dan esok, merupakan hari terakhir mereka di bumi Lenjang… Aboor. Teruskan perjuangan anda.
 
 
 
Hari ini juga adalah hari terakhir seluruh warga Lenjang berbuka di sini. Chegu rasa macam hidangan pada hari ini begitu mewah sekali. Ada macam2 lauk. Antaranya, siput sedut, kari ayam, sayur kacang, sambal bilis goreng, ayam goreng, petai, begedil. Fuhhh…alhamdulillah. Rezeki berbuka di sini sentiasa ada walaupun di sini tiada bazaar Ramadhan seperti di luar sana. Syukran.
 
Dan hari ni juga adalah hari terakhir kami bertarawikh di sini. Alhamdulillah. Walaupun berada di tengah-tengah hutan belantara yang jauh dari bandar, kami masih mampu beramal di bulan Ramadhan. Semoga amalan ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah…
 
Pada kesempatan ini, chegu memohon ampun zahir dan batin sekiranya ada salah silap chegu samada sengaja atau tidak sengaja chegu lakukan di blog ini ataupun di luar sana. Kepada semua rakan2 ataupun pembaca blog ni, jemputlah beraya ke rumah di Beserah, Kuantan.
 
Tangan dihulur, maaf dipinta…Selamat menjelang Hari Raya Aidilfitri… 
 
 
 
 

UcapanSeptember 8, 2009 12:47 am
Salam….
 
 
Lama dah chegu tak update blog ni… Untuk kesekian kalinya, chegu nak ucapkan selamat menempuhi peperiksaan UPSR buat semua warga Lenjang tahun 6! Usaha yang gigih pasti akan membuahkan keputusan yang bagus. Chegu doakan kamu semua dapat menempuhinya dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang. Aminn… Jawab betul2… Mungkin chegu akan hadiahkan sesuatu pada mereka yang berjaya lulus peperiksaan bagi subjek Matematik. Ehem, subjek lain takde ke? Kalu subjek lain, kena mintak dengan cikgu lain la, kalu tak, pokai la chegu…Hehe.
 
Apa2 pun, mungkin pagi2 nanti chegu akan memberikan pesanan terakhir buat mereka semua. Buat pembaca blog ni, doakan mereka ni berjaya. Semoga kejayaan mereka nanti dapat memberikan suntikan semangat kepada adik2 mereka kelak.
 
 
Suasana pada hari pertama peperiksaan UPSR di SK Lenjang.

UcapanAugust 31, 2009 1:24 am
Salam…
 
 
 
Selamat berpuasa dan tak lupa, hari ni adalah hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 52…Selamat hari Merdeka!!! Sama-samalah kita laungkan, MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
 
Wah! Patriotik sungguh chegu pagi ni…Tapi sebagai rakyat jati Malaysia, kita wajib ada semangat patriotik terhadap negara kita. Kerana kitalah sumber aspirasi negara. Tanpa kita, maka tiadalah negara kita yang tercinta ni. 
 
Jadi, bersama-samalah kita menanamkan sikap cintakan negara dan menjaga kemakmuran serta keamanan yang telah dikecapi sejak negara kita merdeka lagi. 
 
"1Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan." 
 
 
 
 

UcapanAugust 21, 2009 1:39 am
Salam semua… 
 

 
 Pejam celik mata, rupanya dah nak masuk puase dah… Pada kesempatan ini, chegu ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga sepanjang bulan penuh keberkatan itu nanti, kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan sunat di samping menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa. Amin…