iLovePalestine.com

DiariJune 30, 2010 11:04 pm
Assalamualaikum…
 
Hari ini merupakan hari ketiga chegu berada di sekolah baru…Ye betul…Chegu skarang sudah tidak lagi mengajar di tempat lama, SK Lenjang…Skang chegu berada di satu tempat yang amat asing bagi chegu. Biarpun asing, tapi chegu tetap akan mencurahkan sepenuh jiwa raga sebagai seorang pendidik yang berdedikasi. InsyaAllah…Selamat tinggal Lenjang…Segala kenangan di sana akan tetap terpahat di dalam hati sanubari chegu. Dan selamat datang kepada sekolah baru… buat masa ini biarlah chegu tidak umumkan dulu. Sudah seminggu, barulah chegu akan taipkannya di sini… Tunggu…
 
Chow dulu… adios…
 
p/s: Ceritera dari Lenjang… akan ditukar kepada Ceritera Seorang Pendidik…

Foto, DiariJune 14, 2010 2:11 am
السلام عليكم
 
 Tanggal 13 Jun pada setiap tahun adalah hari yang paling chegu takkan lupakan kerana pada hari itu lah chegu dilahirkan… Tapi pada hari ni, chegu bertambah takkan lupa kerana hari ini juga adalah hari yang paling indah dalam hidup chegu…
 
Ini…
 
 
ini…
 
 
 
dan ini juga…
 
 
 
Semoga chegu dan si dia akan terus bersama hingga ke jinjang pelamin… InsyaAllah… Amin..
 
 

UcapanJune 1, 2010 10:15 pm

Salam….

 

Hari berganti hari…bulan berganti bulan… Sekarang sudah masuk bulan enam tahun 2010. Macam2 yang sudah berlaku di sini. Jika nak ditulis di sini, rasanya tak mampu chegu nak taipkan… tapi cukuplah chegu nak bagitau… minggu ni, peperiksaan P2 sedang berjalan seperti yang dirancang. Chegu berharap kertas jawapan Matematik yang telah ada di atas meja chegu ni, menunjukkan pencapaian luar-biasa atau pun sekadar pencapaian yang up skit dpd biasa… Insya-Allah… 

Chegu jugak berharap diberi kekuatan untuk menanda kertas jawapan tersebut…walaupun hati ini dah berkocakan perasaan mahu bercuti…tapi apakan daya, Ujian PTK pula menanti pada 10 Jun 2010. Ya Allah, moga2 aku buat yang terbaik, … walau dalam hati ni perasaan malas menyinggah jua. InsyaAllah, akan chegu gagahi jugak, sebabnye buku2 PTK dah beli pun semasa balik kampung tempohari di Kuantan.

Sekadar makluman untuk chegu,

10 Jun adalah tarikh perkahwinan rakan sejawat di Lenjang iaitu Cikgu Hafiz…tahniah Hafiz.

18 Jun pula adalah majlis menyambut menantu Cikgu Hairi di Peringat, Kelate…tahniah Heri.

12 Jun adalah tarikh sepupu chegu menamatkan zaman bujangnya…yang ni wajib pergi…tahniah emy.

13 Jun??? Tarikh harijadi chegu…hehe…Selamat harijadi untuk diri sendiri… yang ke?? semoga lebih matang dalam menghadapi hari2 sebagai adik, abang, kawan, guru, tunang??? Amin…

Itu saja nukilan untuk kali ini…aboor… 

 

 


DiariMay 16, 2010 10:49 pm
Salam…
 
Setelah sekian lama menyepi, kini chegu kembali dengan ucapan keramat ‘Selamat Hari Guru!‘…
 
Tanggal 15 Mei 2010 lalu, chegu dan penulis² cerita SK Lenjang telah dijemput untuk menghadiri jamuan makan malam sempena pelancaran buku ‘Pahit Manis di Bumi Tok Gajah’ di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Selain itu, hampir kesemua guru dari pelusuk Malaysia juga turut dijemput untuk jamuan makan malam tersebut. 
 
Dalam perjalanan menuju ke sana…pelbagai kisah & ragam yang berlaku… antaranye, ustad seli tertinggal sluar slack di rumah sewa, keta cikgu fazuli merajuk, tersilap tempat, jalan2 ke TC, pusing ktn cari hotel budget… dan macam2 lagi peristiwa2 nakal… memang tak dapat chegu lupakan.
 
Di majlis itu, kami telah dihidangkan dengan makanan selera Inderapura (makanan tradisi Pahang) seperti patin masak tempoyak, opor daging, puding diraja, dan beberapa hidangan tempatan lain. Acara yang penuh meriah itu diselang-selikan dengan nyanyian daripada guru² dan murid² sekolah yang dijemput khas dan juga dengan kehadiran dif² kehormat spt MB Pahang, Pengarah Pelajaran, Timbalan Pelajaran dan beberapa lagi pegawai kenamaan.
 
 
 
Memang teruja apabila berada di sana. Lebih² lagi, setelah mengetahui hanya SK Lenjang yang dijemput bukan sahaja GB atau GPK, malah guru² penolong biasa spt kami. 
 
 
 
Dan inilah bukunya… chegu beli di East Coast Mall pada tengahari (16 Mei 2010) sempena Karnival Pendidikan Hari Guru. Teruja sungguh bila chegu dapati nama dan cerita chegu turut dimuatkan dalam buku ni. Cerita chegu berada di nombor 27 dengan tajuk ‘Seribu Satu Memori’… Selain chegu, ada lagi lima cerita daripada guru SK Lenjang lain iaitu Cikgu Nuar, Cikgu Naim, Cikgu Fazuli, Ustaz Kamarzaman dan Cikgu Farid. Syabas kerana terpilih! Dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran dalam masa terdekat…dengan harga RM20 sahaja…
 
 

DiariApril 21, 2010 10:37 am

السلام عليكم…

Jom mahmeh ku sungai!

Berkelah di tepi sungai Jelai, Lenjang pada 17 April 2010.

Minggu Bahasa Melayu di SK Lenjang pada 15-16 April 2010.


DiariMarch 30, 2010 12:09 am
السلام عليكم
 
Pada hujung minggu lepas, chegu dan rakan guru pai SK Lenjang, Cikgu Farid, makan angin di negeri Cik Siti Wan Kembang. Berjalan kat sane pun sebenarnya sebab takde orang lepak di rumah sewa di Tanjung Jambu. Cuma kami berdua je yang tak balik. So, spt orang mengantuk disorongkan bantal..apalagi…kami just ikut ajelah pelawaan Cikgu Hairi…. Kebetulan pulak, minggu tu Jom Heboh berada di KB. Jom jom jom tengok ape yang kami buat sepanjang minggu lepas…
 
 
Bergambo di Jom Heboh Kota Bharu. Gambo kanan bawah tu, chegu tengah sibuk main troli kat Maiden Kubang Kerian. Saje je main²…sekali-sekala jadi kanak² riang. 
 
 Hajat nak makan etok salai tercapai jugak kat Pasar Jelawat. Mujur ade banyak lagi time sampai sana. Terus chegu makan x hingat dunia time dalam keta. Kami jugak bersiar² ambik angin pantai Irama Bachok sambil makan sotong celup tepung dengan x-titom, cikgu Rush.
 
 Yang ni, masa nak balik dah…singgah kejap di rumah sedara cikgu Saiidi di Setiu Terengganu.
 
 Yeay…bergambo kenangan di tepi jalan Tasik Kenyir, Terengganu. Memang cantik sungguh permandangan.
  
Yang ni plak… biasala bila kanak² riang jumpa kamera…pantang lepa…bergambo aje… kitorang sampai Lipis hampir pukul 7 lebih. Penat². Penat bergambo…
 

BeritaMarch 29, 2010 9:56 pm

RM2b untuk pelaksanaan projek Sistem Solar Hibrid

Oleh Roselan Ab Malek bhnews@bharian.com.my 2010/03/29

SSH mampu jana bekalan elektrik 24 jam di sekolah pedalaman KUALA LIPIS: Kementerian Pelajaran menyediakan peruntukan RM2 bilion bagi melaksanakan projek pemasangan Sistem Solar Hibrid (SSH) bagi membolehkan semua sekolah di pedalaman dan luar bandar mendapat bekalan elektrik 24 jam menjelang 2011.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian, Datuk Badarudin Abd Rahaman, berkata daripada jumlah itu, projek sama dilaksanakan sejak dua tahun lalu di sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak membabitkan peruntukan hampir RM1.2 bilion. Katanya, projek SSH di sekolah pedalaman Sabah, membabitkan 78 sekolah yang sudah siap dan 104 lagi masih dalam pengurusan tapak dan pembinaan, manakala 367 sekolah di Sarawak sudah dilengkapi sistem SSH.

“Di Semenanjung, kerajaan juga melaksanakan projek pemasangan SSH membabitkan 36 sekolah di pedalaman Pahang, Perak, Kelantan dan Johor dengan peruntukan keseluruhan RM98 juta. “Semua sekolah pedalaman di negara ini menerima bekalan elektrik menerusi SSH secara lebih menjimatkan apabila projek ini siap pada Mac 2011,” katanya selepas meninjau tapak dan kerja pemasangan SSH di Sekolah Kebangsaan (SK) Lenjang dan SK Titom, Hulu Jelai, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang, Datuk Mohd Rumai Abdullah dan Pengarah Urusan Tenaga Nasional Energy Services, Azhar Abd Rahman. Badarudin berkata, bagi projek di Semenanjung, enam sekolah Orang Asli di pedalaman daerah Lipis di sini, menjadi kumpulan pertama dipilih untuk pelancaran projek berkenaan iaitu SK Lenjang, SK Titom, SK Senderut, SK Telanok, SK Lemoi dan SK Lanai.

Beliau berkata, projek sama akan diperluaskan tahun ini ke lapan sekolah di pedalaman Johor, 15 sekolah di Perak dan tujuh sekolah di Kelantan. Katanya, projek SSH diselenggara TNB kerana agensi itu mempunyai pengetahuan serta kepakaran dalam bidang tenaga diperbaharui dan kejuruteraan sumber solar, manakala di Sabah dan Sarawak diserahkan kepada pihak swasta.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, projek berskala besar tetapi lebih menjimatkan melalui sumber tenaga percuma bagi jangka panjang ini antara usaha kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk menjamin kualiti pelajaran sekolah di pedalaman negeri ini. "Kemudahan SSH ini juga dapat memberi keselesaan kepada 1,670 penduduk daripada 360 keluarga Orang Asli Lenjang dan Titom melaksanakan program pendidikan bersama sekolah bagi meningkatkan pelajaran anak-anak,'’ katanya.

p/s: Alhamdulillah… Syukran jazilan…


«« Newer Posts •  Older Posts »»